Xpert Gadget Mobile Phone Repair

200MP. Inilah Resolusi Kamera Xiaomi 12T Pro

Share this :

Setiap tahun, Xiaomi akan melancarkan 2 peranti flagship untuk pasaran tempatan. Tahun ini misalnya Xiaomi melancarkan Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro pada awal tahun ini. Pada penghujung tahun pula, terdapat flagship dengan penjenamaan ‘T’ pada hujung namanya. Contohnya Xiaomi Mi 10T Pro dan Xiaomi Mi 11T Pro. 4 Oktober ini, Xiaomi 12T dan 12T Pro bakal hadir untuk pasaran tempatan.

Pihak Xiaomi Malaysia telah mengesahkan peranti terbaru mereka bakal dilengkapkan dengan kamera beresolusi 200MP, iaitu resolusi kamera paling besar yang terdapat di pasaran, melebihi resolusi kamera Samsung Galaxy S22 Ultra. Menurut beberapa sumber, Xioami 12T bakal dimuatkan dengan kamera 108MP, dan Xiaomi 12T Pro pula 200MP. Kelebihan kamera beresolusi besar ini tidaklah menjadikan sesebuah foto itu menjadi lebih cantik, sebaliknya menjadikan foto tersebut lebih terperinci dan tidak pecah sekiranya dizum.

Kemungkinan besar Xiaomi menggunakan modul kamera yang telah dibangunkan oleh Samsung, iaitu Samsung HP1, yang mana Samsung sendiri belum menggunakan modul kamera ini pada mana-mana telefon pintar Samsung.

Menurut pemilik akaun Twitter Roland Quandt, beliau telah memberikan maklumat tentang harga jualan Xiaomi 12T dan Xiaomi 12T Pro yang bakal dijual di pasaran Eropah kelak. Harga bagi Xiaomi 12T 8GB + 128GB adalah  €580 yang bersamaan dengan RM2630.86 menurut kadar tukaran asing semasa. Manakala Xiaomi 12T 8GB + 256GB adalah €630 yang bersamaan dengan RM2857.65 mengikut kadar tukaran asing semasa. Bagi Xiaomi 12T Pro 8GB + 256GB adalah €770 yang bersamaan dengan RM3492.69, dan €800 yang bersamaan dengan RM3628.77. Harga ini tidaklah tepat untuk pasaran tempatan, namun harga ini pastinya tidak tersasar jauh dengan harga yang bakal dijual di pasaran Eropah.

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *