XPERT GADGET

3 Fungsi ini Patut ada pada iPhone 13

Share this :

iPhone 13 baru sahaja dilancarkan beberapa hari lalu. Terdapat pelbagai reaksi peminat iPhone. Rata-rata mengatakan iPhone 13 hanya dimuatkan dengan penambahbaikan yang kecil sahaja. Maka, pengguna iPhone 12 dilihat tidak berbaloi untuk menaiktaraf kepada iPhone 13. Bahkan, ada beberapa ciri yang sepatutnya dimuatkan di dalam iPhone 13 ini, namun ciri Apple mengecewakan peminat dengan tidak menambah ciri dan fungsi ini pada iPhone 13.

  1. Touch ID
    Touch ID adalah nama khas bagi pengimbas cap jari yang terdapat pada iPhone. Kali pertama Touch ID diperkenal adalah pada tahun 2013 sewaktu pengenalan iPhone 5s. Sistem Touch ID ini diintegrasikan dengan papan induk iPhone. Sekiranya Touch ID rosak, sistem pengimbas cap jari ini tidak dapat lagi ditukar ganti. Kemudian, Apple mula membuang Touch ID pada iPhone X yang diperkenal pada tahun 2017. Pada tahun 2017 juga, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus turut dilancarkan. Namun, siri iPhone 8 dimuatkan dengan fungsi Touch ID ini. Tahun berikutnya, kesemua iPhone yang dilancarkan selepas iPhone X tidak lagi mempunyai Touch ID. iPhone SE (2020) dimuatkan dengan Touch ID, namun ia adalah disebabkan iPhone SE (2020) ini menggunakan rekaan iPhone 7 / iPhone 8 sepenuhnya. iPhone 13 yang diharapkan mempunyai Touch ID masih lagi tidak kelihatan. Sebaliknya, Apple tetap berkeras untuk menggunaka pengimbas wajah Face ID sebagai sekuriti biometrik.
  2. Pengecasan pantas yang lebih laju
    iPhone X dan siri iPhone 8 juga adalah iPhone pertama yang menyokong pengecasan pantas yang menggunakan protokol USB Power Delivery. Namun, pengecas pantas USB Power Delivery tidak disertakan di dalam kotak, yang mana pengguna harus membuat pembelian secara berasingan. Pengecas pantas USB Power Delivery 18W hanya disertakan di dalam kotak bersama-sama iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max sahaja. Tahun berikutnya semasa pelancaran iPhone 12, Apple mengumumkan siri iPhone 12 dengan pengecasan pantas USB Power Delivery 20W, tetapi tiada palam pengecas disediakan di dalam kotak iPhone 12. iPhone 13 juga menerima nasib yang sama seperti iPhone 12. Tiada palam pengecas, dan pengecasan pantas masih lagi di takuk 20W meskipun kapasiti bateri iPhone 13 sudah dibesarkan sebanyak 15.1% berbanding iPhone 12.
  3. Masih lagi MagSafe 15W
    Ada khabar angin mengatakan MagSafe untuk iPhone 13 ini akan ditingkatkan dari segi kuasa pengecasannya. Namun harapan tinggal harapan. Peminat hampa kerana MagSafe masih lagi mengecas iPhone dengan kuasa 15W sahaja, yang mana sudah banyak peranti Android sudah pun menyokong pengecasan tanpa wayar sekurang-kurangnya 20W

Jadi, apa kata anda dengan iPhone 13? Adakah berbaloi untuk dibeli?

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *