XPERT GADGET

3 Keistimewaan Samsung Galaxy S22 Ultra yang tiada pada fon lain

Share this :

Samsung Galaxy S22 dilancarkan awal tahun ini, dengan 3 varian berbeza, iaitu Galaxy S22, Galaxy S22+, dan Galaxy S22 Ultra. Seperti biasa, varian ‘Ultra’ adalah varian paling agung martabatnya, dengan beberapa keistimewaan di sebalik tanda harganya yang jauh lebih mahal berbanding 2 lagi varian Galaxy S22.

Berikut merupakan 3 keistimewaan Samsung Galaxy S22 Ultra:

S Pen
Galaxy S21 Ultra adalah siri Galaxy S pertama yang menyokong stylus S Pen. Namun, fon ini tidak disertakan dengan slot S Pen, dan S Pen harus dibeli berasingan. Galaxy S22 Ultra pula adalah siri Galaxy S pertama yang dihadirkan bersama dengan stylus S Pen terbina. Lebih menarik, S Pen untuk Galaxy S22 Ultra turut boleh digunakan untuk Galaxy S21 Ultra.

Skrin Dynamic AMOLED yang sangat Terang
Samsung adalah pengeluar skrin AMOLED paling besar di dunia. Maka, tidak hairanlah mereka juga menjadi pengeluar skrin AMOLED paling cantik, dan skrin AMOLED paling cantik ini digunakan pada Galaxy S22 Ultra. Lebih istimewa lagi, kecerahan skrin siri Galaxy S22 ini mencapai tahap 1750 nits, iaitu antara kecerahan paling tinggi setakat ini. Dengan kecerahan skrin setinggi 1750 nits, menggunakan fon di bawah cahaya matahari yang terik bukan lagi menjadi satu masalah.

Kamera Periskop dengan 100x Zum
Samsung Galaxy S22 Ultra juga merupakan salah satu fon dengan kamera yang terbaik di pasaran. Di atas kertas, kamera utama Galaxy S22 Ultra ini dimuatkan dengan kamera 108MP. 108MP ini bukanlah segala, namun amat membantu sekiranya ingin mengambil gambar yang tidak pecah apabila di-zum. Selain itu, kamera Galaxy S22 Ultra juga mempunyai ciri istimewa kamera periskop yang mampu zum sehingga 100x, yang tidak mampu dilakukan oleh kebanyakan fon lain di pasaran. Fungsi kamera periskop ini mungkin kelihatan gimik untuk sesetengah pengguna. Namun, percayalah fungsi ini kadangkala diperlukan tanpa kita menduga.

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *