XPERT GADGET

3 Sebab Fon Boleh-lipat Seharusnya Dielakkan

Share this :

Fon boleh-lipat atau lebih dikenali sebagai ‘foldable phone’ kian mendapat tempat, dan fon jenis ini adalah satu kategori baru yang sudah dicipta, sebaris dengan kategori seperti ‘gaming phone’. Meskipun fon jenis ini semakin popular dan peminatnya semakin bertambah, ada 3 sebab mengapa fon boleh-lipat ini seharusnya dielakkan.

Lebih Mudah Pecah
Fon boleh-lipat ini juga mempunya beberapa cara untuk dilipat. Samsung Galaxy Z Flip misalnya dilipat secara melintang, Galaxy Z Fold dilipat secara menegak, dan Huawei Mate Xs 2 dilipat secara menegak, dan skrin akan dilipat ke luar. Jenis yang dilipat ke luar ini mempunyai kecenderungan untuk pecah dan retak dengan lebih tinggi, memandangkan dalam keadaan ini skrin lebih terdedah.

Kos yang sangat Mahal
Harga jualan Samsung Galaxy Z Flip4 misalnya bermula dari RM4099, manakala Samsung Galaxy Z Fold4 pula bermula RM6799. Kos penukaran skrin juga adalah sangat tinggi, iaitu melebihi RM2000. Kos jualan dan kos baikpulih ini amat tinggi disebabkan oleh teknologi skrin boleh-lipat ini lebih mahal berbanding skrin biasa. Jadi, sebelum membeli fon jenis ini, adakah anda sudah bersedia untuk segala kemungkinan?

Isu Kosmetik
Pengguna-pengguna yang telah lama menggunakan fon jenis ini mempunyai isu kosmetik kerana bahagian yang dilipat akan kelihatan garisan putih. Hal ini berlaku kerana fon yang sering dilipat itu dipasangkan dengan permukaan plastik yang akan rosak dalam jangka masa yang panjang.

Setiap peranti yang dicipta mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Terserah kepada kita sama ada kita rela menerima risiko setelah kita membelanjakan sebegitu banyak wang.

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published.