Xpert Gadget Mobile Phone Repair

3 Warna Ekslusif Samsung Galaxy S22 Ultra Ini Tidak Dijual di Malaysia

Share this :

Siri Samsung Galaxy S22 dilancarkan beberapa minggu lalu, dan model yang mendapat sambutan paling hangat adalah Galaxy S22 Ultra. Ini adalah kerana Galaxy S22 Ultra dilihat begitu ‘all out’ dari segenap sudut termasuklah kamera, panel skrin AMOLED, rekaan yang lebih unik, dan turut dilengkapkan dengan stylus S Pen. Terdapat 3 storan yang ditawarkan, iaitu 128GB, 256GB, dan 512GB. Walaupun storan 512GB mencecah harga sehingga RM5899, storan sebesar inilah yang paling laris.

Galaxy S22 Ultra di Malaysia ditawarkan dengan hanya 4 warna sahaja, iaitu Phantom Black, Phantom White, Burgundy, dan Green. Warna Burgundy dan Green dilihat sebagai warna yang paling digemari, kerana membawakan keunikan tersendiri yang belum pernah dibawakan oleh Samsung sebelum ini. Namun, tidak dinafikan warna Phantom White juga memiliki daya penarik tersendiri.

Pun begitu, sebenarnya Samsung juga menawarkan 3 lagi warna unik untuk Galaxy S22 Ultra ini, namun tidak ditawarkan untuk pasaran tempatan. Warna tersebut adalah Graphite, Red, dan Sky Blue.

Warna Graphite dilihat begitu istimewa dan mempunyai tarikan tersendiri, apabila warna ini mempunyai gabungan warna hitam, kelabu, dan menjadikan warna hitam itu tidak terlalu pekat dan kelihatan sedikit cerun (gradient). Warna Red adalah warna merah yang dicampur dengan warna jingga. Inilah warna paling unik untuk Galaxy S22 Ultra, dan belum pernah ditawarkan sebelum ini. Manakala warna Sky Blue adalah warna biru yang kelihatan seakan-akan warna iPhone 13 Pro Sierra Blue yang menjadi kegilaan peminat-peminat iPhone. Sekiranya warna Sky Blue ini dijual di Malaysia, pasti warna ini adalah warna yang paling laku keras dijual di pasaran tempatan.

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *