Kerangka pelindung atau ‘case‘ adalah aksesori yang amat penting bagi pengguna fon. Kerangka pelindung ini bukan sahaja berguna sebagai hiasan, sebaliknya berfungsi sebagai pelindung daripada calar dan retak. Maka, adalah amat baik untuk kita beli kerangka pelindung terbaik untuk fon kita. Dalam artikel ini, kami kongsikan 4 ciri utama yang harus dititikberatkan supaya kita membeli kerangka pelindung terbaik buat fon kita.
- Bumper
Bumper berfungsi sebagai penyerap hentakan sekiranya fon terjatuh dari genggaman, atau terpelanting tanpa sengaja. Ya, asasnya graviti adalah ‘musuh’ bagi fon kita. Bumper yang baik adalah bumper yang diperbuat daripada material TPU yang lembut, dan mengelilingi sisi fon secara keseluruhan. Tidak lupa juga, bumper tersebut haruslah mempunyai ‘tebing’ yang sedikit tinggi untuk melindungi skrin daripada kecelakaan. - Butang yang responsif
Sesetengan kerangka pelindung murah didatangkan dengan butang yang keras dan sukar untuk responsif dengan arahan kita. Maka, pengguna terpaksa menekan dengan lebih kuat sehingga menyakitkan jari. Oleh yang demikian, butang yang responsif harus diberi keutamaan. Dan kebiasaanya, kerangka pelindung yang premium tiada masalah dengan perkara ini, kerana produk premium telah diuji kualiti dan keberkesanannya. - Panel belakang yang keras
Panel belakang yang keras juga mampu memberikan perlindungan yang baik daripada retak dan calar. Bahagian belakang yang terlalu lembik adalah tidak bagus untuk melindungi fon sekiranya terjatuh. - Keselesaan pada tangan
Sesetengah kerangka pelindung murah dihasilkan dengan tidak kemas, dan tidak halus potongannya. Maka, akan terdapat kesan-kesan tajam yang mengakibatkan tangan tidak selesa untuk memegang. Periksa keadaan dan potongan kerangka pelindung, supaya kita sentiasa selesa memegang fon sehari-harian.
Antara jenama kerangka pelindung yang dipercayai dan berkualiti adalah Ringke, Spigen, XUNDD, X-One, Kapaver, Otterbox, Incipio, dan banyak lagi. Elakkan membeli kerangka pelindung yang terlalu murah, kerana kadangkala, kerangka pelindung yang terlalu murah ini mengakibatkan calar-balar pada fon kita.