XPERT GADGET

5 Keistimewaan Xiaomi 11T Pro yang tidak Dapat Dinafikan

Share this :

Xiaomi 11T Pro adalah flagship terbaru keluaran Xiaomi sebelum Xiaomi menutup tirai fon flagship untuk tahun 2021. Sebelum itu, Xiaomi telah melancarkan beberapa model flagship, antaranya adalah Mi 11, Mi 11 Pro, dan Mi 11 Ultra.

Sebelum memilih fon ini sebagai fon harian, ada baiknya kita membuat penilaian tentang 5 keistimewaan fon ini.

  1. Harga Mampu Milik
    Fon ini dijual dengan tanda harga rasmi RM2099 untuk storan 128GB, dan RM2299 untuk storan sebesar 256GB. Dari segi zahirnya, mungkin kita melihat angka ini agak besar dan mahal. Namun, jika diteliti dari segenap aspek dan spesifikasi, 11T Pro amatlah berbaloi untuk dimiliki, dan tiada jenama lain dapat menandingi harga 11T Pro ini yang dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 888, bateri sebesar 5000mAh, dan spesifikasi lain yang begitu mantap.
  2. Pengecasan Pantas Mi Turbo Charge 120W
    Pengecasan pantas 120W adalah satu perkara yang luar biasa. Bateri sebesar 5000mAh mampu dipenuhkan dalam masa 17 minit sahaja! Amatlah sesuai untuk mereka yang terlupa mengecas fon, tapi ingin keluar rumah dengan segera. Namun, harus diingat, pengecasan pantas 120W ini menaikkan suhu fon dengan amat tinggi, dan boleh menyusutkan hayat bateri lebih kurang 2 tahun akan datang.
  3. Skrin AMOLED 120Hz
    Mi 11 yang dilancarkan pada awal tahun ini juga mempunyai skrin yang amat baik. Namun, skrin Mi 11 adalah skrin melengkung yang tidak disukai oleh ramai orang. Pada tahun lalu, Mi 10T Pro hadir dengan skrin rata, namun ia adalah panel LCD yang kurang digemari. Kehadiran 11T Pro bagaikan memperbaiki kesilapan Xiaomi dalam pemilihan skrin. 11T Pro hadir dengan skrin AMOLED 120Hz, dan skrin ini adalah skrin rata. Hal ini pasti memberikan kegembiraan buat penggemar skrin AMOLED, tambahan pula skrin 11T Pro bukanlah skrin yang melengkung.
  4. Audio Ditala oleh Harman/Kardon
    Audio yang terdapat pada Mi 10 sudah cukup padu meskipun tiada penalaan daripada Harman/Kardon. 11T Pro hadir dengan audio yang lebih padu. Pembesar suara stereo 11T Pro ini pasti tidak mengecewakan. Kelantangan pembesar suara ini turut diperkaya dengan sistem bass yang padu.
  5. Snapdragon 888 5G
    Snapdragon 888 adalah antara cip pemproses terbaik untuk tahun 2021. Prestasi untuk bermain permainan video pastinya tiada masalah, dan sama sekali mengatasi prestasi cip pemproses Samsung Exynos 2100. Cip pemproses ini juga menyokong rangkaian 5G. Maka, menggunakan fon ini dalam jangka masa yang panjang adalah amat berbaloi.
Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published.