Xpert Gadget Mobile Phone Repair

Apa itu USB Power Delivery?

Share this :

Terdapa banyak piawaian pengecasan yang ada untuk mengecas sesebuah peranti pada hari ini. Antaranya adalah Mi Turbo Charge, OPPO SuperVOOC, vivo FlashCharge, dan USB Power Delivery. Dalam artikel kali ini, kami ingin menerangkan secara ringkas apakah itu USB Power Delivery yang juga dikenali sebagai USB PD.

Pengenalan
USB PD adalah sebuah piawaian atau standard yang telah ditetapkan oleh badan USB. Piawaian USB PD juga disyorkan oleh Google, supaya pengeluar-pengeluar peranti dan telefon pintar menggunakan piawaian ini, kerana USB PD lebih selamat disebabkan oleh nilai amp (arus) maksimum yang masuk ke dalam peranti adalah pada 5A sahaja. Justeru, peranti akan menjadi kurang panas apabila dicas.

Sambungan
USB PD menggunakan sambungan USB-C pada setiap palam pengecas. Bermaksud, setiap palam pengecas USB PD mempunyai keluaran USB-C. Maka, pengguna yang menggunakan palam pengecas USB-C harus menggunakan kabel jenis USB-C ke USB-C untuk peranti Android, MacBook generasi baharu, dan iPad generasi baharu. Manakala pengguna iPhone yang ingin memanfaatkan teknologi ini harus menggunakan kabel jenis sambungan USB-C ke Lightning.

Lebih Memudahkan
Sambungan kabel USB-C ke USB-C atau USB-C ke Lightning lebih memudahkan kerana sambungan kabel jenis ini mempunyai sifat boleh diterbalikkan (reversible), berbanding sambungan kabel jenis USB-A tidak mempunyai sifat boleh diterbalikkan.

Peranti
Antara peranti yang menggunakan piawaian USB PD ini adalah:
– Samsung Galaxy A dari 2021 dan ke atas
– Samsung Galaxy S dari 2020 dan ke atas
– iPhone X dan ke atas
– MacBook generasi baharu
– iPad generasi baharu
– Google Pixel
– ASUS ROG Phone
– Nintendo Switch
– dan beberapa peranti lain

USB 3.1
Pada 2021, pihak USB telah menaiktaraf piawaian USB PD ini kepada USB 3.1 yang lebih berkuasa. Menerusi piawaian USB PD 3.1 ini, kuasa pengecasan ditingkatkan dari 100W menerusi generasi seterusnya kepada 140W, 180W, dan 240W. Maka, kabel jenis USB-C ke USB-C yang menyokong sehingga 240W harus digunakan pada masa akan datang bagi peranti yang menyokong USB PD 3.1.

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *