Xpert Gadget Mobile Phone Repair Specialist

Apa yang Istimewa dengan Cip Pemproses Exynos 2200?

Share this :

Beberapa hari lalu, Samsung telah melancarkan cip pemproses kelas flagship mereka, iaitu Samsung Exynos 2200, bagi menggantikan Exynos 2100 yang digunakan pada siri Samsung Galaxy S21. Sudah tentu cip pemproses terbaru ini akan dimuatkan di dalam fon flagship terbaru Samsung, iaitu siri Galaxy S22 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Samsung telah memeterai kerjasama dengan AMD pada tahun 2019, dan pada tahun ini, produk Samsung dengan AMD telah berjaya dilancarkan meskipun telah berlaku beberapa penangguhan. Cip pemproses ini adalah direka dengan saiz sekecil 4nm sahaja dengan unit pemproses grafik (GPU) keluaran AMD. GPU keluaran AMD ini dijenamakan sebagai “Xclipse” yang berteraskan grafik AMD RDNA 2.

GPU Xclipse ini juga mempunyai keupayaan dari segi ‘ray tracing’, yang mana ray tracing ini amat berguna semasa permainan video dijalankan. Ray tracing ini berfungsi untuk menghasilkan bayang-bayang dan pencahayaan dengan baik, bagi menghasilkan kualiti grafik yang berkualiti tinggi, dan kelihatan lebih nyata berbanding GPU yang tidak mempunyai fungsi ini.

Selain itu, CPU yang terdapat di dalam cip pemproses ini juga telah direka untuk menyokong kamera sehingga 200MP. Hal ini memungkinkan juga Samsung Galaxy S22 Ultra bakal dimuatkan dengan kamera beresolusi 200MP. Teka-teki ini bakal terjawab pada pelancaran siri Galaxy S22 tidak lama lagi.

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *