‘Burn-in’ bukanlah bermaksud skrin tersebut terbakar dari dalam. Sebaliknya, burn-in adalah masalah yang lazimnya berlaku pada panel skrin LED, sama ada OLED atau AMOLED. Skrin yang menghadapi masalah burn-in kebiasaannya akan dapat dilihat melalui simptom-simptom berikut:
- Skrin meninggalkan kesan berwarna merah jambu meskipun warna asal skrin tersebut bukanlah berwarna merah jambu.
- Skrin meninggalkan kesan-kesan ikon, ‘navigation bar‘, atau skrin meninggalkan bekas yang kelihatan seakan-akan ‘bayang-bayang’. Walhal, skrin yang ‘sihat’ tidak akan meninggalkan sebarang bekas dan kesan. Sebaliknya, skrin yang sihat hanya memaparkan apa yang dibuka pada saat fon itu dihidupkan.
Justeru, apakah kemungkinan punca masalah burn-in ini? Dan bagaimana pula cara untuk mengelakkan masalah burn-in?
- Skrin dihidupkan terlalu lama, dan perbuatan ini diamalkan setiap hari akan mengakibatkan burn-in. Maka, jangan hidupkan skrin dalam tempoh yang terlalu lama. Misalnya, anda menggunakan aplikasi Waze dan menghidupkan skrin dalam tempoh yang lama. Perbuatan ini akan mencenderungkan skrin fon anda mengalami masalah burn-in.
- Skrin yang sering dihidupkan dengan kecerahan tinggi dalam tempoh yang lama turut akan mengakibatkan burn-in. Jadi, elakkan menggunakan skrin dalam kecerahan tinggi dalam tempoh yang lama.
- Burn-in juga berlaku sekiranya skrin tersebut dihidupkan dalam keadaan imej yang statik. Oleh sebab itu, fungsi Always-on Display diaktifkan dengan jam pada Always-on Display akan berubah-ubah kedudukannya supaya masalah ` tidak berlaku. Jadi, elakkan menghidupkan skrin dengan imej yang statik.
Kos penukaran skrin akibat masalah burn-in tidaklah murah. Fon yang mengalami masalah ini juga kebiasannya tidak laku untuk dijual kerana mengalami kecacatan skrin. Oleh yang demikian, elakkanlah skrin fon anda daripada mengalami masalah burn-in.