XPERT GADGET

Aplikasi Signal Sendu, WhatsApp Tetap Pilihan

Share this :

Beberapa bulan lalu, Elon Musk telah melakukan ‘serangan’ secara halus terhadap WhatsApp, yang dimiliki oleh syarikat Meta. Meta adalah syarikat induk bago beberapa media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, dan lain-lain. Meta dan Facebook begitu sinonim dengan pembangun Facebook, iaitu Mark Zuckerberg. Dan ramai dalam kalangan kita tahu bahawa Elon Musk dengan Mark Zuckerberg adalah 2 individu yang sering tidak sependapat, dan sering melakukan serangan balas secara perang saraf.

Elon Musk dalam satu tweet-nya, menulis “Use Signal”, sebagai perang saraf untuk wargamaya menggunakan Signal, bukan WhatsApp. Beliau menulis sedemikian adalah kerana WhatsApp dilihat tidak menjaga privasi pengguna, dan pengguna terdedah kepada iklan-iklan melalui perbualan di WhatsApp. Kemudian, aplikasi Signal menjadi terkenal pada ketika itu, dan ramai yang memuat turun aplikasi ini melalui App Store mahupun Play Store.

Namun, populariti Signal terhenti setakat itu sahaja. Pengguna di Malaysia khususnya, tidak pernah peduli tentang aplikasi Signal ini dan terus menggunakan WhatsApp sebagai aplikasi permesejan utama.

Antara faktor aplikasi Signal ini tidak dipedulikan adalah, WhatsApp dilihat lebih seronok untuk digunakan. Contohnya WhatsApp mempunyai fungsi ‘sticker’ yang lebih seronok untuk digunakan, manakala Signal tidak mempunyai fungsi ini. Antara faktor lain adalah Elon Musk hanya menaikkan sentimen berkaitan privasi kerana permusuhannya dengan Mark Zuckerberg. Maka, ia tidak akan kekal selamanya.

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published.