Dalam tempoh beberapa tahun ini, Google telah membayar Apple sebanyak $10 bilion hingga $12 billion untuk menjadikan Google sebagai enjin carian utama bagi iPhone dan juga iPad. Langkah ini diambil oleh Google untuk menjadikan jenama itu sebagai gergasi internet nombor satu di dunia meskipun terpaksa membayar Apple dengan harga yang amat tinggi.
Namun, kerajaan Amerika Syarikat telah melaporkan Google telah dilaporkan menyalahi undang-undang ant-monopoli. Tambahan pula, kontrak Google dengan Apple bakal tamat tidak lama lagi. Kes pelanggaran undang-undang ini bakal merencat kesinambungan kontrak dengan Apple pada masa akan datang.
Dalam tempoh beberapa tahun ini juga, Apple tanpa rahsia telah membangunkan sistem carian internet mereka sendiri bagi mengurangkan kebergantungan terhadap Google. Apple telah membangunkan sistem mereka sendiri yang dikenali sebagai Applebot pada tahun 2014. Tambahan pula, skrin utama pada iOS 14 mempunyai enjin carian tersendiri, yang melangkau Google secara keseluruhan.
Namun, masih menjadi teka-teki bilakah Apple akan bergantung kepada sistem mereka sendiri, dan meninggalkan Google dalam masa yang sama. Terdahulu, Apple cuba untuk tidak menggunakan Google Maps, dan menggantikannya dengan Apple Maps. Namun, sistem pemetaan Apple dilihat sangat teruk, tidak tepat, dan gimik semata-mata. Seandainya Apple benar-benar ingin melepaskan Google, Apple harus bersiap-siaga dengan sistem yang sama canggih atau lebih baik. Jika tidak, sejarah Apple Maps bakal berulang pada Applebot.