XPERT GADGET

Bicu Audio dan Apple AirPods: Bagaimana Apple Cipta Masalah dan Timbulkan Penyelesaian

Share this :

Pada tahun 2016, Apple telah melancarkan iPhone 7, yang mana telefon pintar ini terpalit sedikit kontroversi dengan ketiadaan bicu audio. Rata-rata peminat gajet mengecam tindakan Apple ini, kerana bicu audio 3.5mm dianggap sangat penting dan tidak wajar dibuang kerana lubang ini merupakan komponen yang sangat penting, lebih-lebih lagi untuk mendengar lagu Hi-Fi menggunakan fon telinga atau fon kepala yang menyokong Hi-Fi atau Hi-Res.

Namun, seperti biasa, Apple mempertahan tindakan mereka atas alasan bicu audio harus ditinggalkan demi peredaran masa dan teknologi semasa. Dan seperti biasa juga, ramai menjangkakan perkara ini bakal menjadi ikutan, dan telahan ini benar belaka. Selepas iPhone 7 membuang bicu audio, jenama-jenama Android lain meniru tindakan Apple ini tanpa ada justifikasi yang kukuh. Sekadar meniru Apple.

Sebenarnya, OPPO R5 adalah telefon pintar pertama yang hadir tanpa bicu audio 3.5mm untuk mengekalkan kenipisan fon ini. OPPO R5 dicipta dengan kenipisan 4.9mm sahaja. Maka, untuk menjadikan fon ini kekal nipis, bicu audio 3.5mm harus dibuang. Hanya ini alasan ketiadaan bicu audio 3.5mm, dan perkara ini dianggap janggal. Fon ini dilancarkan pada tahun 2014, namun tiada pun jenama mengikut jejak langkah OPPO ini, kerana OPPO bukanlah jenama yang digelar sebagai ‘trend setter‘.

Akhirnya, muncul ‘penyelesaian’ buat masalah yang dicipta oleh Apple ini. Pada Disember 2016, Apple melancarkan fon telinga tanpa wayar tulen stereo (TWS Earphone) pertama mereka, iaitu Apple AirPods. Seperti yang kita sedia maklum, Apple AirPods adalah fon telinga yang 100% dicipta tanpa wayar. Maka, dapat difahami apakah manifestasi kehilangan bicu audio 3.5mm itu tadi. Rupanya, Apple mencipta satu masalah untuk mencipta satu lagi ruang keuntungan buat mereka.

Kemudian, Apple AirPods berevolusi kepada versi yang lebih baik setiap tahun, dan Apple berjaya membuat keuntungan yang lebih daripada masalah yang dicipta mereka. Pada tahun 2019, Apple telah berjaya menjual hampir 60 juta unit Apple AirPods. Beginilah cara Apple mencipta masalah, dan membuat satu lagi keuntungan. Manakala jenama-jenama Android lain yang meniru Apple, kita pun tidak pasti apakah justifikasi mereka dalam pembuangan bicu audio 3.5mm.

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published.