Xpert Gadget Mobile Phone Repair

camera canon

Canon Mencari Kerjasama bersama Jenama Telefon Pintar

Share this :

Car ZEISS adalah jenama terawal yang bekerjasama dengan jenama telefon pintar, iaitu Nokia dalam kerjasama kamera mereka. Kerjasama ini adalah untuk menghasilkan gambar yang lebih cantik dan berkualiti. Nokia Lumia 800c dan Nokia 9 PureView adalah antara model fon Nokia yang pernah menjalin kerjasama dengan Carl ZEISS.

Namun begitu, ZEISS dan Nokia secara rasmi sudah tidak lagi bekerjasama setelah bertahun-tahun menjalin hubungan yang baik. Sebaliknya, pada masa ini ZEISS sedang bekerjasama dengan Sony dan vivo.

Antara jenama lain yang begitu popular dalam menjalin kerjasama seumpama ini adalah Leica dan Huawei. Imbas kembali pada tahun 2016, di mana Leica telah bekerjasama dengan Huawei untuk menghasilkan kamera Huawei P9 dan P9 Plus yang sangat menawan. Hasilnya, jenama Huawei melonjak dengan jayanya disebabkan oleh kerjasama ini yang turut melibatkan peningkatan mutu penjenamaan.

Kemudian, Leica menamatkan kerjasama ini dengan Huawei dan bekerjasama pula dengan Xiaomi. Antara hasil penalaan Leica adalah kamera siri Xiaomi 13.

Canon pula dikhabarkan sedang mencari jenama-jenama telefon pintar untuk menjalin kerjasama seperti ini. Nampaknya ini satu langkah yang bijak untuk meningkatkan mutu penjenamaan Canon, dan melangkah jauh dalam persaingan dunia kamera.

Untuk bekerjasama dengan Apple dilihat agak mustahil kerana jenama ini begitu ‘cerewet’ dalam penjenaam mereka. Samsung pula mempunyai divisyen kamera mereka sendiri, bahkan mempunyai sensor kamera mereka sendiri, iaitu Samsung ISOCELL. Begitu juga dengan Sony yang giat memfokuskan kepada penghasilan modul kamera mereka. Jadi, ada kemungkinan bagi Canon untuk bekerjasama dengan jenama-jenama lain seperti realme, OPPO, ASUS, dan sebagainya.

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *