Xpert Gadget Mobile Phone Repair

Fairphone 4 Diperkenal, dengan 5 Tahun Jaminan

Share this :

Fairphone adalah jenama fon yang berasal dari Belanda. Nama ini tidak dikenali di pasaran Malaysia, kerana jenama ini tidak pernah dijual di negara kita. Namun, fon ini membawakan beberapa keistimewaan yang sukar atau tidak boleh didapati pada mana-mana jenama terkemuka lain. Terbaru, Fairphone telah melancarkan model terbaru mereka, iaitu Fairphone 4.

Fairphone 4 dikuasakan dengan menggunakan cip pemproses Snapdragon 750G, sambungan rangkaian 5G, kamera 48MP, skrin LCD 6.3″ beresolusi FHD+ dengan kaca Corning Gorilla Glass 5. Namun begitu, Fairphone 4 ini masih lagi menggunakan rekaan skrin sekitar tahun 2018, yang mana terdapat takuk kecil ‘titisan air’ yang menempatkan kamera swafoto 25MP. Fon ini juga dilengkapkan dengan perlindungan kalis air dan debu IP54. Bukan itu sahaja, Fairphone 4 turut mendapat pengesahan tahan hentakan gred tentera MIL810G.

Selain itu, apa yang menjadi keistimewaan fon jenama dari Belanda ini adalah, jenama ini menawarkan jaminan selama 5 tahun, yang mana tempoh jaminan yang panjang ini tidak ditawarkan pada mana-mana jenama terkemuka. Bagi kemaskini Android pula, Fairphone 4 menjanjikan kemaskini Android selama 2 tahun, dan sokongan perisian seperti tampalan sekuriti dan kemaskini antaramuka sehingga penghujung 2025.

Apa yang boleh dicontohi pada Fairphone 4 ini adalah, beberapa komponen dalaman fon ini diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula. Hal ini sejajar dengan pelaksanaan teknologi hijau, dan sama sekali akan mengurangkan pelepasan karbon yang boleh mencemarkan alam sekitar. Fairphone 4 juga dinilai dengan markah 9.2/10 bagi kebolehbaikan oleh French Repairability Index. Bermksud, fon ini amat mudah dibaikpulih dan boleh mengurangkan sisa elektronik dan pembaziran.

Meskipun jenama ini tidaklah begitu terkenal seperti terkenalnya Apple, Samsung, Xiaomi, Huawei, dan OPPO, terdapat beberapa contoh dan tauladan baik yang boleh dijadikan contoh. Jenama-jenama besar dan terkemuka lain seharusnya memandang inisiatif ini untuk menjadikan bumi lebih hijau dengan teknologi hijau. Salah satunya dengan mengurangkan pelepasan karbon.

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *