Xpert Gadget Mobile Phone Repair Specialist

Fon Boleh-Lipat Bakal Meluas dan Diterima

Share this :

Royole FlexPai adalah telefon pintar pertama yang boleh dilipat skrinnya. Kemudian, muncul pula fon boleh-lipat pertama daripada Samsung, iaitu Samsung Galaxy Fold. Walaupun fon ini nampak begitu mengujakan, penerimaan orang ramai terhadap Galaxy Fold ini tidaklah begitu hangat, kerana harganya sangat ekstrem untuk sesebuah telefon pintar. Fon ini dijual pada tanda harga RM8388! Lebih mahal daripada sebuah iPhone, dan menyamai harga sebuah motosikal! Bahkan, dengan harga yang mencecah RM8000 ini, boleh juga dijadikan modal perniagaan dan juga kos untuk membeli sebuah kereta terpakai.

Kemudian, muncul pula Huawei Mate X, yang dilancarkan pada tahun yang sama dengan Samsung Galaxy Fold, iaitu pada tahun 2019. Fon yang boleh dilipat ini memberikan ‘jawapan’ kepada Samsung. Mekanisme lipatan Huawei Mate X ini sedikit berbeza, iaitu skrin fon ini dilipat ke luar untuk dijadikan saiz yang lebih kecil. Manakala Galaxy Fold dilipat ke dalam, menjadikan Galaxy Fold lebih selamat dan skrinnya tidak terdedah.

Teknologi skrin yang boleh dilipat ini tidak lagi menjadi persoalan, kerana teknologi skrin yang boleh dilentur dan dilipat ini telah dibangunkan bertahun lamanya, dan gergasi teknologi seperti Samsung telah pun memegang ‘blue-print‘ bagi teknologi ini. Yang menjadi persoalan adalah harganya. Ini adalah harganya amat mahal. Bayangkan jika Apple melancarkan iPhone yang boleh dilipat. Tak boleh dilipat pun sudah sedia mahal, apatah lagi yang boleh dilipat.

Jika kita buat pemerhatian, harga fon-fon yang boleh dilipat ini semakin murah, disebabkan kos penghasilan teknologi ini sudah menurun. Maka, saban tahun, fon boleh-lipat ini bakal diterima dan menjadi satu segmen baru dalam pemilihan telefon pintar. Baik, mari kita lihat perbezaan penawaran harga fon boleh-lipat Samsung, memandangkan syarikat ini yang paling banyak melancarkan fon seperti ini.

Samsung Galaxy Fold = RM8388
Samsung Galaxy Z Fold2 5G = RM7999
Samsung Galaxy Z Flip = RM5888

3 model fon Samsung yang boleh dilipat ini menunjukkan penurunan harga. Jadi, kemungkinan besar kita akan melihat penurunan harga pada generasi fon Samsung Galaxy Fold dan Galaxy Z Flip yang berikutnya. Maka, apabila harga semakin murah, lebih ramai yang mampu membelinya, dan fon jenis ini semakin diterima dan menjadi satu kategori baru dalam dunia telefon pintar.

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *