XPERT GADGET

Fon Pertama dengan Cip Snapdragon 8 Gen1+ Bakal Hadir Jun Ini

Share this :

Qualcomm Snapdragon adalah jenama cip pemproses yang tidak asing lagi, lebih-lebih lagi dalam dunia Android. Cip pemproses yang ditawarkan oleh Snapdragon merangkumi kelas permulaan, kelas pertengahan, dan kelas paling tinggi (flagship). Untuk kelas flagship, sebelum ini Qualcomm menamakan cip mereka dengan Snapdragon dengan angka pangkal 8. Misalnya Snapdragon 865, Snapdragon 870, Snapdragon 888, dan sebagainya.

Tahun 2022 menyaksikan Qualcomm menjenamakan semula cip pemproses mereka dengan nama yang sedikit berbeza. Cip kelas flagship tahun ini dinamakan dengan nama Snapdragon 8 Gen1. Cip inilah yang menguasakan sebahagian besar fon-fon flagship seperti Samsung Galaxy S22, Xiaomi 12, OnePlus 10 Pro, dan sebagainya.

Cip pemproses Snapdragin 8 Gen1+ dikatakan bakal hadir pada Jun ini. Namun, tidak banyak perbezaan dan penambahbaikan jika dibandingkan dengan Snapdragon 8 Gen1. Penambahbaikannya yang diketahui setakat ini hanyalah clockspeed yang lebih tinggi berbanding Snapdragon 8 Gen1. Cip ini dihasilkan mengikut teknologi yang dikeluarkan oleh pakar semikonduktor dari Taiwan, iaitu TSMC, yang bersaiz sebesar hanya 4nm.

Khabar angin mengatakan Snapdragon 8 Gen1+ ini bakal dimuatkan di dalam OnePlus 10 Ultra yang kemungkinan akan dilancarkan tidak lama lagi. Namun, ada juga khabar angin yang mengatakan OnePlus 10 Ultra tidak akan dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen1+, sebaliknya akan menggunakan cip pemproses paling berkuasa daripada MediaTek, iaitu MediaTek Dimensity 9000.

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published.