Apple adalah sebuah syarikat gergasi teknologi yang tidak pernah mempunyai kilang. Sebaliknya, Apple hanya membangunkan dan merekabentuk produk mereka di California, dan memeterai kontrak dengan beberapa syarikat untuk mengilangkan produk mereka. Kilang Winstron di India adalah antara tempat pengilangan iPhone SE (2020), iPhone XR, dan iPhone 11. Selebihnya, kebanyakan produk Apple seperti lain-lain model iPhone, AirPods, dan lain-lain dikilangkan di Foxconn, Shenzen, China.
iPhone yang bakal dilancarkan beberapa minggu sahaja lagi tidak dipanggil iPhone 12s. Sebaliknya, nama yang sudah dipastikan adalah iPhone 13. Seperti sebelum ini, terdapat kenyataan daripada Apple: “iPhone 13. Designed by Apple in California. Assembled in China”. Jelas sekali, iPhone 13 dikilangkan di Foxconn, sebuah kilang mengikat kontrak dengan Apple sejak sekian lama.
Foxconn dikatakan sedang merektrut 200,000 orang staf menjelang penghujung September untuk meningkatkan penghasilan siri iPhone 13. Kilang tersebut boleh memuatkan seramai 350,000 orang pekerja dalam satu-satu masa, dan berkemampuan untuk menghasilkan sehingga 500,000 telefon pintar dalam masa sehari.
iPhone 13 diramal bakal hadir dengan beberapa penambahbaikan yang sudah lama dinanti-nantikan oleh peminat iPhone. Antaranya adalah:
1. Saiz takuk yang lebih kecil.
2. Sistem pengimbas cap jari Touch ID yang sekian lama ‘hilang dari radar’ sejak kemunculan iPhone X.
3. Fungsi ‘Always-On-Display‘ yang sudah bertahun-tahun ada pada fon Android.
4. Skrin dengan kadar segara semula 120Hz. Namun, khabar angin mengatakan hanya iPhone 13 versi Pro bakal dipasangkan dengan skrin 120Hz ini.
5. Kapasiti bateri yang lebih besar
Khabar angin juga mengatakan iPhone 13 sedia untuk dipra-tempah bermula 13 September ini.