Tak banyak peranti yang menyokong pengecasan tanpa wayar. Kebiasaannya, fungsi ini hanya dimuatkan di dalam fon kelas flagship. Itu pun, tak semua fon flagship mempunyai ciri istimewa ini. Antara fon flagship yang mempunyai fungsi pengecasan tanpa wayar ini adalah iPhone 14, Samsung Galaxy S22, OPPO Find X5 Pro, OnePlus 10 Pro, dan lain-lain. Itu pun bukan semua fon flagship mempunyai ciri istimewa ini. Manakala fon kelas pertengahan yang mempunyai fungsi pengecasan tanpa wayar ini adalah Nothing Phone (1).
Fungsi ini tidak begitu diketengahkan. Sebaliknya, kamera yang lebih baik lebih diutamakan oleh pembikin telefon pintar, kerana kamera yang baik akan menaikkan nilai komersial sesebuah telefon pintar itu. Namun begitu, sebenarnya fungsi pengecasan tanpa wayar ini tidak kurang pentingnya walaupun tidak begitu popular dalam kalangan pengguna telefon pintar.
Sekiranya sesebuah telefon pintar itu mempunyai ketahanan kalis air, dan fon itu dimasuki air, fon tersebut tidak boleh dicas menggunakan pengecasan berwayar. Ini bertujuan sebagai langkah keselamatan — supaya litar pintas tidak berlaku. Sama sekali untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini kepada peranti dan juga kepada pengguna.
Di sinilah fungsi pengecasan tanpa wayar amat berguna. Tiada sambungan kabel pada port pengecasan. Sebaliknya, fon hanya diletakkan di atas pengecas tanpa wayar, dan fon dicas menggunakan arus aruhan elektromagnetik.
Fungsi ini sangatlah berguna, kerana kita tidak tahu bilakah lembapan pada port pengecasan itu akan kering. Kemungkinan lembapan itu akan kekal selama beberapa jam, dan fon tidak dapat dicas. Masalah ini diselesaikan dengan menggunakan pengecasan tanpa wayar.