XPERT GADGET

Google Pixel 6a Tertiris, Mungkin Dikuasakan dengan Cip Pemproses Tensor

Share this :

Beberapa minggu lalu, Google telah melancarkan fon flagship untuk tahun 2021 ini dengan kehadiran Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Kedua-dua model ini dimuatkan dengan spesifikasi serba padu lagi mantap. Bahkan, siri Pixel 6 ini adalah Pixel pertama yang dihasilkan oleh Google secara keseluruhan. Sebelum ini, Google Pixel telah menggunakan khidmat HTC dan LG untuk menghasilkan beberapa model Pixel sebelumnya.

Pixel 6a ini dikatakan model yang lebih murah, memandangkan ia adalah siri-A. Kebiasannya, siri-A seperti Pixel 3A dan Pixel 4A adalah model yang mesra poket, dengan beberapa pengurangan spesifikasi seperti cip pemproses, jenis rangakaian internet, dan sebagainya. Namun, menurut 9To5Google, Pixel 6a ini bakal dikuasakan dengan cip pemproses Tensor, yang mana Tensor adalah cip pemproses kelas premium buatan Google yang digunakan pada Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Jika benar, Pixel 6a berkemungkinan besar mempunyai kuasa yang sama tarafnya dengan Pixel 6 dan Pixel 6 Pro.

Namun, ada kemungkinan terdapat pengurangan spesifikasi pada bahagian kamera Pixel 6a ini, yang mana Pixel 6 dan Pixel 6 Pro dimuatkan dengan kamera beresolusi 50MP. Pixel 6a berkemungkinan dimuatkan dengan kamera yang sama dengan generasi Pixel sebelum ini. Khabar angin mengatakan Pixel 6a bakal mempunyai kamera utama 12.2MP Sony IMX363, kamera ultra-lebar 12MP Sony IMX386, dan kamera swafoto 8MP Sony IMX355.

Dari segi rekaannya pula, ada kemungkinan Pixel 6a ini mengikut jejak langkah ‘abang-abangnya’ dengan rekaan yang hampir sama, bagi mengekalkan identiti Pixel 6. Perkara ini diperkuat lagi oleh imej tertiris yang telah disiarkan di laman Twitter @OnLeaks, yang kebiasaannya menyiarkan maklumat peranti-peranti yang tertiris sebelum pelancaran peranti itu secara rasmi.

Sekiranya maklumat tertiris ini benar seperti apa yang dikata, berkemungkinan Pixel 6a ini akan dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang, dengan penawaran harga yang lebih mampu milik, seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *