Xpert Gadget Mobile Phone Repair Specialist

honor 80

Honor 80 Pro: Satu Lagi Flagship Keluaran Honor

Share this :

Pada pertengahan tahun ini, Honor telah melancarkan fon flagship mereka yang dikuasakan oleh cip pemproses MediaTek Dimensity 9000, iaitu Honor 70 Pro+. Namun, model ini tidak dipasarkan di pasaran tempatan. Sebaliknya, hanya Honor 70 yang merupakan peranti pertengahan-premium sahaja yang dijual di pasaran Malaysia.

Terbaru, Honor sekali lagi telah melancarkan satu lagi peranti flagship terbaru mereka. Namun, kali ini fon tersebut tidak dikuasakan oleh cip pemproses MediaTek Dimensity, sebaliknya dikuasakan oleh cip pemproses kelas flagship terbaru keluaran Qualcomm, iaitu Snapdragon 8+ Gen1 yang berteraskan teknologi bersaiz 4nm.

Dari segi rekaan, Honor 80 Pro tidak begitu banyak perbezaannya berbanding Honor 70 Pro+. Hal ini diambil untuk mengekalkan falsafah rekaan Honor, yang mana rekaan seperti ini dilihat agak unik dan tidak meniru rekaan Apple seperti yang biasa dilakukan oleh jenama-jenama lain. Dengan mengekalkan falsafah rekaan akan membuatkan orang ramai tidak keliru dengan penjenamaan Honor itu sendiri.

Dari segi bateri, Honor 80 Pro dilihat mempunyai tokokan kapasiti bateri sebanyak 300mAh berbanding Honor 70 Pro+. Manakala teknologi pengecasan pantas Honor SuperCharge 66W dikekalkan pada model terbaru ini.

Antara perubahan lain yang teradapat pada Honor 80 Pro ini adalah resolusi kamera dinaikkan sehingga 160MP bagi kamera belakang, dan tiada OIS pada Honor 80 Pro ini, sedangkan Honor 70 Pro+ dimuatkan dengan fungsi OIS bagi menstabilkan gambar dan video.

Tiada maklumat lanjut tentang penjualan peranti ini di pasaran tempatan buat masa ini. Apa yang diharapkan adalah pihak Honor Malaysia kembali menjual peranti-peranti flagship keluaran Honor di Malaysia, dan tidak hanya dijual di China sahaja.

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *