Xpert Gadget Mobile Phone Repair

HTC Desire 22 pro: Bukti HTC Enggan bangkit daripada Kegagalan

Share this :

Kali terakhir HTC melancarkan sebuah fon flagship adalah pada tahun 2018, yang mana HTC U12+ adalah fon flagship terakhir HTC. Selepas itu, HTC menyepi dan tidak lagi melancarkan fon flagship. Meskipun kehadiran fon flagship ditunggu oleh peminat setia HTC, HTC hanya memberikan harapan palsu dengan melancarkan HTC Desire 21 Pro yang hanya merupakan fon kelas pertengahan premium, dengan ketiadaan ciri-ciri unik pada fon tersebut.

Tahun ini, HTC sekali lagi memberikan harapan palsu dengan masih tidak melancarkan fon flagship. Seandainya HTC melancarkan fon flagship, apa yang diharapkan adalah mereka dapat bersaing semula dengan nama-nama besar seperti Xiaomi, OPPO, dan Samsung. Sebaliknya, HTC Desire 22 pro dilancarkan dengan spesifikasi kelas pertengahan-premium yang amat mengecewakan.

Sejak awal lagi HTC menekankan fungsi istimewa fon tersebut yang boleh disepadukan dengan HTC VIVERSE. Namun, perkara ini tidaklah begitu menarik minat para peminat gajet. Sebaliknya, spesifikasi kurang menarik adalah menjadi fokus, atas kekecewaan ini. Fon ini dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 695, yang mana cip pemproses ini bukanlah cip pemproses paling baru, dan sudah banyak digukana di pasaran oleh model-model lain yang dilancarkan lebih awal.

Lebih mengecawakan lagi, fon ini tidak dimuatkan dengan bateri minimum 5000mAh. Sebaliknya hanya dimuatkan dengan bateri 4520mAh sahaja, dan dipadankan dengan teknologi pengecasan pantas 18W yang sudah ketinggalan beberapa tahun. Walhal, pengeluar telefon pintar dari China berlumba-lumba menyediakan teknologi pengecasan pantas yang lebih besar dari segi kuasa pengecasannya.

Kekecewaan pada HTC Desire 22 pro ini tidak terhenti setakat ini. Rekaan fon ini juga kelihatan amat ketinggalan zaman, dengan rekaan panel belakang yang kelihatan kosong, suram, dan begitu 2018. Jelas di sini HTC begitu ketandusan ilham setelah jurureka mereka meninggalkan syarikat itu untuk berhijrah ke syarikat lain.

Untuk bangkit daripada kegagalan lalu, HTC seharusnya lebih terbuka dalam mendengar luahan peminat, dan bukan berniaga dalam keadaan ‘syok sendiri’. Perbuatan HTC ini memakan diri, sedangkan satu ketika dahulu, HTC adalah jenama gergasi yang sentiasa membawa inovasi baru dalam dunia telefon pintar.

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *