XPERT GADGET

HTC Menangguh fon flagship yang sepatutnya dilancarkan april lalu

Share this :

HTC adalah jenama ‘otai’ yang amat dikenali oleh golongan yang awal-awal berjinak dalam arena telefon pintar ini. Jenama inilah yang menghasilkan fon Android pertama, iaitu HTC Dream pada tahun 2009. HTC juga adalah jenama pertama yang mendapat kepercayaan daripada Google untuk membikin HTC Nexus One pada tahun 2010. Jelas membuktikan HTC bukanlah jenama ‘cap ayam’ meskipun sudah tidak lagi dikenali kerana tenggelam dalam arus persaingan dengan jenama-jenama dari China.

Pernah juga HTC menghasilkan HTC One M7 yang merubah lanskap rekaan fon Android yang membosankan. Inilah titik tolak rekaan fon Android yang lebih segar, moden, dan tidak membosankan seperti sebelumnya. Bahkan, HTC One M7 adalah fon Android pertama yang dibina daripada kerangka aluminium, dan dipasangkan dengan pembesar suara stereo yang lantang dan enak untuk dijadikan halwa telinga.

Pun begitu, HTC dilihat enggan mendengar kata peminat dan berdiri teguh dengan sikap ego mereka. Rungutan, luahan, dan cadangan peminat tidak diendahkan. Langkah tidak mahu membelanjakan wang untuk tujuan pemasaran juga menjadi langkah kiri untuk HTC menggali lubang kubur mereka sendiri. Meskipun fon-fon yang dihasilkan oleh HTC sangat bagus dan mantap, produk mereka tidak begitu dikenali dan dilihat ‘pelik’.

Hasilnya, walaupun produk-produk seperti HTC One M7, HTC One (M8), HTC 10, dan HTC U11+ adalah sangat-sangat bagus, fon-fon ini tidak dijual dengan begitu banyak jika dibandingkan dengan pesaing-pesaing HTC seperti Samsung, OPPO, vivo, apatah lagi Apple. Lebih menjadi masalah, HTC U12+ yang dilancarkan pada tahun 2018 tidaklah bagus mana dan mempunyai masalah bateri yang begitu teruk. Maka, HTC U12+ adalah fon flagship terakhir HTC sehingga ke hari ini.

Namun, terdapat khabar angin bahawa HTC bakal melancarkan fon flagship mereka pada April tahun ini. Tetapi projek tersebut terpaksa ditangguhkan kerana mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan komponen eletronik akibat pandemik COVID-19. Fon flaghsip terbaru ini dikatakan disepadukan dengan ekosistem HTC VIVE. Sekiranya fon ini berjaya dilancarkan, HTC seharusnya mengambil iktibar daripada sejarah yang menimpa mereka.

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published.