Xpert Gadget Mobile Phone Repair Specialist

Iklan Terbaru Apple ini Menyindir Facebook

Share this :

Facebook dan Apple sememangnya terkenal dengan pertelagahan mereka, disebabkan polisi pengguna bagi kedua-dua syarikat ini amat berbeza. Facebook adalah gergasi internet yang mendapat keuntungan dengan pengiklanan. Justeru, tidak hairanlah Facebook akan mengutamakan kehendak pengiklan yang melabur sebahagian wang, berbanding pengguna yang menggunakan Facebook secara percuma.

Manakala Apple pula adalah jenama gergasi dalam teknologi, yang sentiasa mengutamakan pengguna, lebih-lebih lagi privasi pengguna. Kemaskini iOS 14.5 baru-baru ini secara jelas mereka mengutamakan pengguna apabila halangan penjejakan iklan diperkenal. Menerusi ciri ini, pengguna berhak untuk menentukan sama ada pengiklan boleh menjejak mereka menerusi targeted ads atau sebaliknya. Sekiranya mereka tidak kisah dijejak, maka iklan-iklan akan ‘menghantui’ pengguna menerusi carian yang dibuat di internet. Sekiranya enggan, iOS akan menyekat penjejakan iklan ini untuk menjaga privasi pengguna.

Hal ini tidak disenangi oleh pihak Facebook, dan mereka menyatakan Apple menyusahkan peniaga-peniaga kecil untuk beriklan. Sejauh mana keikhlasan mereka dalam meraih simpati terhadap peniaga kecil, itu tidak dapat dipastikan, kerana kos beriklan di Facebook juga semakin mahal, dan Facebook dilihat hanya melihat keuntungan semata-mata.

Terbaru, pihak Apple telah mengeluarkan satu iklan baru yang menyindir sinis lagi tajam terhadap Facebook yang gemar ‘mengejar’ pengguna melalui iklan. Dalam iklan ini jelas memaparkan iOS 14.5 mengutamakan privasi pengguna, supaya pengguna merasa lebih selesa ketika menjalani kehidupan seharian tanpa diikuti oleh sesiapa yang tidak dimahukan.

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *