Xpert Gadget Mobile Phone Repair Specialist

Imbas Kembali: Bagaimana Zaman Root dan Custom ROM Berakhir

Share this :

Bagi pengguna tegar Android yang bergelar ‘advanced user’, mustahil bagi mereka jika tak tahu apakah itu ‘root’ dan custom ROM’. Bahasa mudahnya, root adalah mengubahsuai sistem Android supaya lebih banyak fungsi dapat digunakan melalui proses-proses rumit tertentu, manakala custom ROM adalah sistem operasi yang telah diubahsuai oleh pembangun perisian yang boleh dipasang pada fon Android tertentu setelah fon Android terbabit melalui proses root.

Pada sekitar tahun 2012 hingga 2017, aktiviti root fon Android dan memasang custom ROM adalah aktiviti yang sangat rancak dilakukan, lebih-lebih lagi bagi komuniti Google Nexus, Samsung Galaxy, HTC, dan OnePlus. Bahkan, OnePlus pada zaman tersebut turut menyokong pembangunan custom ROM oleh mana-mana pembangun perisian custom ROM untuk fon OnePlus.

Namun, zaman berubah. Root dan custom ROM tidak lagi dipandang oleh sebahagian besar pengguna fon Android. Mengapa ini berlaku?

Lebih Mementingkan Kamera
Zaman media sosial seperti Instagram, Facebook, dan Twitter adalah zaman yang lebih mementingkan kamera. Kamera yang cantik akan menjadi juara dan lebih banyak dijual di pasaran. Jadi, custom ROM tidak lagi menjadi keutamaan di sebalik renyahnya pemasangan custom ROM ini.

Sistem Operasi Semakin Baik dan Lancar
Pada zaman root dan custom ROM lancar, kebanyakan sistem operasi keluaran jenama tertentu dilihat tidak begitu lancar. Misalnya, Samsung GALAXY S III yang menggunakan perisian asal amatlah perlahan dan tidak responsif. Maka, custom ROM diperlukan bagi menjadikan fon tersebut lebih lancar dan laju. Namun, perisian keluaran jenama-jenama fon semakin baik dari tahun ke tahun. Samsung One UI 5 misalnya adalah antara sistem operasi Android terbaik sehingga kini, dan tiada keperluan untuk memasang custom ROM.

Sistem Sekuriti
Apabila fon Android tersebut telah di-root, ini bermakna sebahagian sistem telah ‘diganggu’ dan diubahsuai. Sistem sekuriti juga tidak terkecuali. Jadi, yang menjadi masalah adalah sistem sekuriti Android ini terkait dengan aplikasi perbankan. Aplikasi perbankan yang mengesan keberadaan root akan menidakkan fon tersebut untuk menggunakan aplikasi perbankan. Maka, ramai yang memilih untuk menggunakan aplikasi perbankan berbanding root.

Cip Pemproses Semakin Mantap
Cip pemproses adalah penentu prestasi sesebuah fon. Pada zaman sekitar 2012, cip pemproses di dalam fon Android tidaklah begitu mantap dan tidak mampu untuk mengeluarkan potensi sebenar. Maka, pengguna Android memilih untuk root dan memasang custom ROM bagi menjadikan fon tersebut lebih lancar. Namun, perkara tersebut tidak lagi berlaku pada hari ini. Cip pemproses semakin mantap, semakin kecil, semakin cekap dalam melaksanakan tugasan harian. Sekiranya semuanya sudah lengkap, apa lagi keperluan untuk root dan memasang custom ROM?

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *