XPERT GADGET

Instagram Reels akan Mengehadkan Capaian Video dengan Logo TikTok

Share this :

TikTok adalah sebuah fenomena baharu dalam media sosial, yang mana pengguna boleh menunjukkan bakat masing-masing menerusi video amatur ringkas, pendek, lagi padat. Fenomena TikTok ini ‘meletus’ apabila pandemik tersebar ke serata dunia, dan manusia berkurung di dalam rumah masing-masing. Bosan di dalam rumah, maka muncul lah pelbagai idea menarik di dalam TikTok.

Di Malaysia sahaja, jumlah pengguna aktif di TikTok sudah pun mencecah 4 juta pengguna pada tahun 2021. Menunjukkan bahawa TikTok adalah gergasi media sosial yang mampu bersaing dengan Facebook, Twitter, Instagram, dan YouTube meskipun baru berusia setahun jagung. Jumlah pengguna aktif ini menjadikan gergasi media sosial lain tidak senang duduk, dan bimbang seandainya pengguna internet beralih arah kepada TikTok yang semakin menjadi fenomena.

Oleh yang demikian, beberapa media sosial telah meniru idea video pendek TikTok ini ke dalam media sosial mereka. Contohnya, kini sudah pun wujud YouTube Shorts yang memaparkan video-video pendek seperti yang terdapat di TikTok. Di Instagram juga berlaku perkara sama, apabila Instagram Reels diperkenalkan, dengan konsep yang menyerupai video di TikTok, namun terhad untuk 30 saat sahaja. Kedua-dua YouTube Shorts dan Instagram Reels mempunya susun atur dan orientasi video yang sama, iaitu video yang dipaparkan secara menegak.

Pun begitu, pengguna media sosial mempunyai pilihan untuk membuat video di TikTok terlebih dahulu, dan memuatnaik sama ada di YouTube Shorts ataupun Instagram Reels. Ini adalah kerana ketiga-tiganya membawakan konsep yang salin tak tumpah. Maka, jika pengguna memuatnaik video TikTok di Instagram Reels, akan terpaparlah logo TikTok di Instagram Reels. Perkara ini membuatkan pihak Instagram tidak senang duduk. Perbuatan ini ibarat memberikan promosi percuma kepada TikTok.

Oleh yang demikian, pihak Instagram akan membangunkan robot atau kecerdasan buatan (artificial intelligence) untuk mengesan logo TikTok yang terpapar pada Instagram Reels. Sekiranya logo TikTok berjaya dikesan, video pada Instagram Reels itu akan dihadkan capaian dan jumlah tontonannya. Beginilah cara gergasi internet bersaing. Mereka meniru konsep yang ada pada pesaing, kemudian mereka menggunakan kecerdasan buatan untuk tidak memberikan promosi percuma kepada pesaing mereka.

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published.