XPERT GADGET

iPad Pro Baharu Dilaporkan Bakal Hadir dengan Cip Pemproses Baharu dan MagSafe

Share this :

iPad Pro merupakan komputer tablet paling berkuasa, dengan pelbagai keupayaan yang tidak mampu dicapai oleh tablet-tablet pesaingnya. Antaranya adalah tablet ini dikuasakan oleh cip pemproses Apple M1, sebuah cip pemproses yang amat berkuasa, jimat bateri, dan mampu melaksanakan pelbagai tugas dalam satu-satu masa meskipun RAM yang dimuatkan tidaklah besar mana. iPad Pro juga mempunyai kebolehan menggunakan Apple Pencil bagi tujuan penyuntingan gambar melalui aplikasi Adobe Photoshop.

Laporan menyatakan iPad Pro yang bakal hadir tidak lama lagi akan dimuatkan dengan cip pemproses serba baharu bagi menggantikan Apple M1. Apple M2 berkemungkinan akan dimuatkan di dalam iPad Pro baharu nanti. Apple M2 ini dikatakan mempunyai 8-teras seperti mana yang terdapat pada Apple M1, namun Apple M2 mempunyai kelebihan dari segi teras grafik yang lebih pantas berbanding Apple M1.

Dari segi rekaanya pula, iPad Pro baharu ini akan mempunyai rekaan kamera yang persis seperti rekaan kamera iPhone 13. Logo Apple pula diperbuat daripada kaca, dan panel belakang iPad Pro ini diperbuat daripada logam. Tablet ini juga dikatakan menyokong pengecasan tanpa wayar magnetik MagSafe.

Buat masa ini, masih belum ada tarikh rasmi tentang pelancaran iPad Pro baharu ini. Kemungkinan besar, Apple akan melancarkan tablet terbaharu mereka ini pada Spring Event, bersama-sama dengan iPhone SE 2022.

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published.