Xpert Gadget Mobile Phone Repair

iPhone 14 Bakal Hadir dengan Kamera Swafoto lebih Baik — Kos Hampir 3x Ganda Lebih Mahal

Share this :

Salah satu pembaharuan paling besar yang bakal dilihat pada iPhone 14 adalah pada kamera swafoto fon ini. Menurut sumber Korea IT News, Apple bakal menempah modul kamera swafoto dari Korea Selatan, antaranya adalah LG Innotek.

Hal ini berlaku adalah disebabkan Apple tidak berpuas hati dengan kualiti kamera swafoto yang dihasilkan oleh pembekal dari China, yang mana terdapat beberapa masalah ditemui semasa ujian dilakukan. Maka, Apple telah mengambil keputusan untuk menjadikan LG Innotek sebagai pembekal bagi modul kamera swafoto ini.

Namun, harus diketahui bahawa modul kamera swafoto ini adalah kamera berkualiti tinggi yang kosnya hampir 3 kali ganda lebih mahal berbanding modul kamera swafoto iPhone generasi sebelumnya. Jika ada peningkatan harga, besar kemungkinan adalah disebabkan oleh peningkatan kos modul kamera swafoto, inflasi, dan kekurangan bekalan cip dunia.

Menurut sumber juga, modul kamera swafoto ini sepatutnya digunakan pada iPhone 15. Namun, Apple mengambil keputusan ini untuk menjaga kualiti kamera swafoto iPhone 14 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Kamera swafoto iPhone 14 ini dikatakan bakal hadir dengan fungsi auto-fokus, dan bakal menghasilkan imej swafoto yang jauh lebih baik berbanding iPhone sebelumnya.

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *