XPERT GADGET

Kenali Canon Powershot V10. Kamera Kompak Sesuai untuk TikTok dan YouTube

Share this :

Kebanyakan pengguna TikTok di Malaysia masih lagi menggunakan kamera swafoto untuk merekod video TikTok atau membuat siaran langsung (live) di TikTok. Tidak kurang juga, kamera jenis mirrorless turut digunakan disebabkan saiznya yang lebih kompak dan lebih ringan berbanding DSLR untuk membuat kandungan YouTube.

Terkini, Canon telah melancarkan kamera kompak Canon PowerShot V10 bagi memenuhi keperluan para TikToker dan YouTuber, sama sekali menyelesaikan masalah kamera yang bersaiz besar. Dengan penggunaan kamera seperti ini, hasil video sudah tentunya menjadi lebih cemerlang berbanding video hasil daripada kamera swafoto telefon pintar sahaja.

Canon Power Shot V10 menggunakan sensor kamera CMOS bersaiz 1″ dan dipadankan dengan lensa f/2.8. Kamera ini mampu merakam video beresolusi sebesar 4K, dan turut berkebolehan untuk membuat siaran langsung terus melalui kamera ini.

Tubuhnya yang kecil membuatkan kamera ini amat mudah dipegang dan di bawa ke mana-mana, sesuai dengan tujuan kamera ini dicipta. Terdapat tripod terbina pada tubuh Canon PowerShot V10 ini bagi memudahkan rakaman dilakukan. Bukan setakat itu, skrin sesentuh sebesar 2″ yang boleh diputar turut dimuatkan pada tubuh kamera ini, bagi tujuan vlogging. Pun begitu, Canon PowerShot V10 ini tidak dimuatkan dengan teknologi penstabilan imej seperti OIS mahupun EIS.

Pada bahagian kiri terdapat port HDMI micro dan bicu audio 3.5mm. Pada bahagian kanan pula terdapat port USB-C yang dengan fungsi pengecasan dan pemindahan data. Tiada memori terbina di dalam kamera ini. Sebaliknya, pengguna boleh memilih sama ada untuk menggunakan kad SD, SDHC, SDXC or UHS-I sebagai simpanan data.

Kamera kompak terbaru keluaran Canon ini bakal menembusi pasaran tempatan dengan tanda harga RM1999, dan bakal dijual pada Jun ini.

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published.