Xpert Gadget Mobile Phone Repair

Kenapa Amerika Syarikat Gentar dengan Huawei?

Share this :

Segalanya tak kena buat Huawei setelah Amerika Syarikat (AS) ‘cari pasal’ dengan Huawei beberapa tahun lalu. Sewaktu Donald Trump menjadi presiden AS, beliau bersungguh-sungguh berusaha untuk menghumban Huawei supaya Huawei tidak lagi menjadi gergasi telekomunikasi.

Tak dapat dinafikan Huawei bukan setakat gergasi teknologi atau pembikin telefon pintar semata-mata. Sebaliknya, Huawei adalah kuasa besar telekomunikasi yang mendominasi pasaran telekomunikasi. Sebab itulah AS begitu gerun dengan Huawei. Jika AS tidak melakukan sesuatu, Huawei akan ‘menawan’ teknologi telekomunikasi di serata dunia. Maka, bekas presiden AS itu, mula cari pasal dengan Huawei dengan menuduh Huawei membangunkan teknologi yang tak boleh dipercayai, dan menyenaraikan Huawei ke dalam Entity Lists.

Apabila sesebuah syarikat itu dimasuk ke dalam Entity Lists, syarikat itu diharamkan untuk berdagang dengan syarikat dari AS, dan tidak boleh menggunakan teknologi yang dipatenkan di AS. Hasilnya, Huawei tidak mampu berbuat apa-apa kerana segala jalan Huawei untuk terus berdagang disekat.

Sebesar manakah syarikat Huawei ini? Besar! Jauh lebih besar daripada Xiaomi, apatah lagi Apple. ‘Perkampungan’ Huawei yang terletak di Dongguan, China. Perkampungan ini dijadikan sebagai ibu pejabat Huawei untuk melakukan operasi mereka. Ini fakta menarik tentang perkampungan Huawei ini:

1. Berkeluasan 400 ekar.

2. Menempatkan 38,000 orang pekerja Huawei.

3. Huawei kini mempunyai 200,000 orang pekerja secara global.

4. Di HQ inilah tempat ‘R&D’ Huawei dengan tema ala-ala Eropah yang menenangkan jiwa.

5. Sebanyak 108 bangunan dibina di dalam perkampungan Huawei ini, termasuklah hotel, kedai, rumah, gym, dan sebagainya.

Syarikat Huawei ini sangat hebat dan dahsyat. Sebab itulah AS cukup takut dengan gergasi telekomunikasi dari China ini daripada terus mendominasi pasaran telekomunikasi dunia. Presiden AS yang dilantik beberapa tahun lalu, Joe Biden pun meneruskan polisi mengharamkan Huawei daripada terus berdagang untuk menyekat kemaraan Huawei.

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *