XPERT GADGET

Khabar Angin: iPhone 15 Pro Max akan Dilengkapi dengan kamera Periskop

Share this :

Sebelum ini, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max dikhabarkan akan dilengkapkan dengan kamera periskop. Namun, pemilik akaun Twitter @URedditor dan seorang penganalisa berkaliber, Ming-Chi Kuo menyatakan hanya iPhone 15 Pro Max akan dimuatkan dengan ciri ini.

Sumber tidak mengeluarkan apa-apa gambarajah modul kamera periskop tersebut. Beliau juga menambah bahawa struktur dan susun atur kamera iPhone 15 Pro Max tidak akan berubah secara ketara.

Menurut khabar angin sebelum ini, kamera periskop ini mempunyai ciri 6x zum secara optikal, yang mana kamera ini mempunyai ciri zum 3x lebih banyak berbanding kamera iPhone 14 Pro Max. Menurut satu lagi sumber, The Elec melaporkan Apple telah melantik LG Innotek dan Jahwa Electronics sebagai pembekal OIS (optical image stablizer / penstabil imej optik) bagi kamera periskop ini.

Untuk rekod, Huawei P30 adalah fon mempelopori kamera periskop ini menerusi Huawei P30 Pro pada tahun 2019. Kamera periskop Huawei P30 Pro ini mempunyai resolusi sebesar 8MP, dan mampu untuk menghasilkan zum optikal sebanyak 5x.

Jika khabar angin ini benar, nampaknya Apple ketinggalan 5 tahun untuk mengikut trend kamera periskop ini. Jenama-jenama fon Android seperti Samsung, vivo, dan OPPO lebih awal mengikut trend ini.

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *