XPERT GADGET

Lebih 70% Panel OLED iPhone 14 Dibekalkan oleh Samsung

Share this :

Samsung adalah pembekal terbesar dan terbaik bagi panel OLED, dan Samsung mempunyai satu divisyen khusus untuk menghasilkan panel skrin, iaitu Samsung Display. Menerusi Samsung Display. mereka dapat memfokuskan kepada pembekalan panel skrin OLED untuk jenama-jenama yang memerlukan panel skrin terbaik, contohnya Apple.

Menurut sumber dari Korea Selatan, TheLec, Samsung membekalkan lebih daripada 70% panel OLED untuk iPhone 14 dan iPhone 14 Plus. Manakala iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max yang mempunyai teknologi LTPO untuk menjimatkan bateri turut dibekalkan oleh gergasi teknologi dari Korea Selatan itu.

TheLec juga melaporkan Apple bakal mengilangkan lagi 120 juta unit siri iPhone 14. Daripada jumlah tersebut, lebih 80 juta unit siri iPhone 14 menggunakan panel skrin OLED daripada Samsung, 20 juta unit daripada LG yang juga merupakan gergasi teknologi dari Korea, dan selebihnya lebih kurang 6 juta unit skrin OLED dibekalkan oleh gergasi teknologi dari China, iaitu BOE. BOE pernah juga membekalkan panel skrin OLED untuk Huawei Mate 20 Pro yang dilancarkan pada tahun 2018.

Dari[ada 80 juta unit, 60 juta unit adalah dibekalkan untuk iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. LG juga dilaporkan menghadapi masalah dalam pembikinan panel OLED ini. Justeru, masalah ini memberikan kelebihan buat Samsung untuk membekalkan panel OLED mereka kepada Apple, sama sekali mengaut lebih banyak peratus keuntungan.

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *