XPERT GADGET

MediaTek Bukan Lagi Jenama ‘Cap Ayam’

Share this :

Dalam tempoh 5-6 tahun lalu, MediaTek sering dilabel sebagai pengeluar cip pemproses ‘cap ayam’ kerana cip pemproses yang dikeluarkan oleh MediaTek tidak begitu baik dari segi prestasi, kecekapan bateri, dan cepat panas. Justeru, lebih ramai yang memilih untuk membeli telefon pintar yang dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon.

Namun, MediaTek tidak berputus asa dan mula menghasilkan cip pemproses yang sangat baik untuk fon kelas pertengahan. Pada tahun 2019, MediaTek Helio G90T diperkenal dan Redmi Note 8 Pro adalah fon pertama yang menggunakan cip pemproses ini. Ternyata cip pemproses ini sangat cemerlang dalam kelasnya. Grafik yang lebih cantik, prestasi yang sangat mantap, bateri diuruskan dengan cekap, dan tiada lagi isu haba melampau.

MediaTek mengorak langkah lebih jauh dengan memperkenal MediaTek Dimensity, iaitu cip pemproses yang lebih berkuasa tinggi dan lebih premium. Penjenamaan ‘Dimensity’ itu sendiri sudah cukup untuk melonjakkan anjakan paradigma, dan mengeluarkan MediaTek dari kepompong lama yang dibelenggu sejarah lampau yang buruk.

MediaTek 9000+ misalnya, sebuah cip pemproses kelas tinggi diperkenal pada pertengahan tahun 2022. Cip pemproses ini lah yang digunakan di dalam sebuah ‘gaming phone’ berprestasi tinggi, iaitu ASUS ROG Phone 6D, yang mana ASUS sebelum ini tidak pernah langsung menggunakan cip pemproses daripada MediaTek. Jelas di sini, ASUS telah memberi kepercayaan terhadap MediaTek untuk menjadikan ASUS ROG Phone 6D sebagai fon berprestasi tinggi.

Tidak terhenti setakat itu, MediaTek 9200 turut diperkenal untuk fon kelas flagship tahun ini. vivo X90 Pro adalah fon terawal yang menggunakan cip pemproses ini. Hasilnya, vivo X90 Pro merupakan fon berprestasi tinggi dengan kemampuan kamera yang luar biasa.

Kebangkitan MediaTek adalah hasil daripada kegagalan mereka beberapa tahun lalu. Kini nama MediaTek sebaris dengan Qualcomm Snapdragon, dan memberikan saingan sengit terhadap Snapdragin 8 Gen2. Dengan keberadaan MediaTek, pengguna mempunyai lebih banyak pilihan dan tidak terikat dengan satu-satu jenama sahaja.

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *