Xpert Gadget Mobile Phone Repair

MEIZU Kini DImiliki oleh GEELy

Share this :

MEIZU MX4 adalah antara model popular bagi jenama MEIZU. Model ini pernah dikenali sekitar tahun 2014, kerana mempunyai keunikan tersendiri, iaitu menggunakan sistem operasi FlyMe OS yang berasaskan Android. Namun, fon ini tidaklah sepopular iPhone dan Samsung kerana tenggelam dalam arus persaingan dengan jenama-jenama dari China juga.

Pada tahun 2017, MEIZU telah melancarkan inovasi pengecasan pantas yang dijenamakan sebagai MEIZU mCharge dan Super mCharge. Namun, teknologi ini tidak dipasarkan, dan pada waktu itu teknologi ini hanya diramalkan akan dipasarkan pada tahun 2018. Hal ini merupakan kesilapan besar kerana memperkenal teknologi kepada umum, namun tidak memasarkannya secepat mungkin seperti yang dilakukan oleh jenama-jenama lain.

Segalanya serba tidak kena buat MEIZU. Jenama ini tidak lagi dikenali di Malaysia kerana tenggelam dalam arus persaingan yang hebat dengan jenama-jenama dari China seperti realme, Xiaomi, vivo, dan OPPO. Tidak kurang hebat juga persaingan dengan jenama dari Amerika Syarikat seperti Apple, dan juga gergasi dari Korea Selatan seperti Samsung. Jenama kecil anak seperti MEIZU tidak lagi menjadi pilihan buat rakyat Malaysia.

Geely yang merupakan jenama gergasi automotif dari China yang memiliki jenama-jenama seperti Volvo, Polestar, Lotus, Proton, dan lain-lain sebelum ini pernah mengintai peluang untuk menceburi bidang telefon pintar pula. Kini, Geely secara rasminya telah memiliki MEIZU, dan sama sekali membuka peluang kepada gergasi China ini untuk melebarkan sayap dalam arena telefon pintar. Disebabkan Geely adalah syarikat gergasi yang amat kukuh dari segi kewangan, dari segi teorinya, tiada masalah untuk Geely melabur puluhan juta dollar untuk bersaing rapat dengan jenama dari China juga.

Pun begitu, Geely sebenarnya telah pun mendirikan sebuah anak syarikat baru Hubei Xingji Shidai Technology yang mensasarkan untuk menceburi bidang telefon pintar. Dengan keberadaan teknologi sedia ada daripada MEIZU, pasti lebih mudah untuk Geely meneruskan hasrat mereka bagi menceburi bidang telefon pintar

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *