Huawei adalah sebuah syarikat gergasi telekomunikasi yang bukan sahaja menghasilkan telefon pintar. Syarikat gergasi yang berpengkalan di Shenzen, China ini turut menghasilkan perkakasan telekomunikasi, alat-alat gajet IoT, semikonduktor, dan lain-lain. Membuktikan syarikat ini sebaris dengan gergasi lain seperti Samsung.
Dalam tempoh beberapa tahun lalu, kita sering melihat peranti-peranti Huawei dikuasakan oleh cip pemproses HiSilicon Kirin. Cuma sedikit sahaja peranti Huawei menggunakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon. Hal ini adalah kerana HiSilicon adalah syarikat milik Huawei sepenuhnya. Dengan penggunaan cip pemproses buatan mereka sendiri akan mengurangkan kos pembuatan sesebuah telefon pintar.
Cip pemproses paling berkuasa buatan HiSilicon adalah HiSilicon Kirin 9000 5G yang digunakan pada Huawei Mate 40 Pro. Cip pemproses ini mula dikeluarkan oleh HiSilicon pada tahun 2021, dan Huawei Mate 40 Pro dilancarkan pada Disember 2021. Dan cip pemproses ini adalah cip pemproses terakhir buatan HiSilicon. Mengapa perkara ini berlaku?
Hal ini berlaku kerana Huawei telah pun dikenakan sekatan oleh kerajaan Amerika Syarikat (US) pada era pemerintahan Donald Trump semasa beliau memegang tampuk presiden AS. Huawei telah pun disenaraikan di dalam Entity Lists, yang mana semua syarikat yang berada di dalam Entity Lists ini disekat daripada berdagang dengan mana-mana syarikat yang menggunakan teknologi yang dipatenkan di AS, dan syarikat yang berpengkalan di AS.
Bermula dengan Huawei disekat daripada menggunakan ekosistem Google, Huawei ditekan lagi dan lagi sehingga mereka disekat pula untuk menghasilkan cip pemproses baharu. Cip pemproses Huawei juga turut dihasilkan oleh syarikat TSMC, dan Huawei disekat daripada berdagang dengan TSMC. Disebabkan perkara ini berlaku, HiSilicon Kirin 9000 5G adalah cip pemproses terakhir keluaran Huawei. HiSilicon Kirin 9000 5G ini digunakan untuk beberapa model Huawei, antaranya adalah Mate 40 Pro dan P50 Pro.