XPERT GADGET

Minat iPhone Bersaiz Kecil? Mungkin Boleh Tunggu iPhone SE 2022

Share this :

iPhone SE dilancarkan buat pertama kalinya pada tahun 2016. Namun, fon ini bukanlah sebuah fon yang serba baharu, kerana fon ini menggunakan rekaan iPhone 5 yang dilancarkan 4 tahun sebelumnya, iaitu pada September 2012. Dengan menggunakan rekaan yang sama akan menjimatkan kos. Begitu juga ceritanya untuk iPhone SE 2020. Fon ini juga bukan baharu pada segenap aspek. iPhone SE 2020 juga menggunakan rekaan iPhone 7 yang pernah dilancarkan pada tahun 2016. Jelas di sini, model SE menggunakan rekaan 4 tahun sebelumnya.

‘Orang dalam’ dalam industri teknologi ini, Ross Young telah menyatakan dalam akaun Twitter beliau, bahawa iPhone SE 2022 akan dilancarkan pada tahun 2022, dan akan dijenamakan sebagai iPhone SE Plus. Fon ini menggunakan saiz 4.7″, sama dengan saiz yang terdapat pada iPhone 7. Saiz 4.7″ tidaklah besar mana, dan sesuai untuk penggemar fon kompak yang sesuai digunakan menggunakan sebelah tangan.

Antara perubahan pada iPhone SE 2022 ini adalah, fon ini akan dimuatkan dengan modem 5G. Dan pada paparan fon ini, tiada lagi takuk, sebaliknya kamera swafoto akan ditempatkan secara ‘punch-hole’ atau satu lubang kecil pada paparan LCD fon ini. Dari segi cip pemproses, kemungkinan besar fon ini akan dikuasakan dengan cip Apple A15 Bionic.

Kebiasannya, siri iPhone SE akan dijual dengan tanda harga yang lebih murah. Setakat ini, inilah khabar angin atau maklumat tertiris tentang iPhone SE 2022. Maklumat tertiris kebiasannya akan diperoleh beberapa bulan sebelum pelancarannya secara rasmi. Sama-sama kita nantikan.

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published.