XPERT GADGET

Modul Kamera Jenama apa yang Digunakan pada iPhone 13 Pro Max?

Share this :

Apple iPhone adalah sebuah jenama yang begitu terkenal dengan kemantapan kameranya sejak dahulu lagi. Gambar yang dihasilkan oleh kamera iPhone bersifat natural, dan hampir tepat dengan apa yang dilihat oleh mata manusia. Warnanya tidak terlalu pekat bagi menjadikan sesuatu gambar itu kekal natural, tidak seperti sesetengan jenama dari China yang sengaja menjadikan warna jauh lebih pekat dan disertakan pula penuras pada kamera swafoto yang kelihatan menipu.

Apple adalah sebuah jenama yang tidak mempunyai sebarang kilang bagi menghasilkan komponen mereka. Bukan itu sahaja, Apple juga tidak mempunyai kilang untuk memasang iPhone. Jadi, Apple harus membeli modul kamera daripada syarikat lain, dan membuat penalaan pada perisian bagi menjadikan kamera iPhone antara yang terbaik di pasaran.

iPhone 13 Pro Max yang baru sahaja dilancarkan beberapa minggu lalu menggunakan kamera terbaru keluaran Sony. Secara lebih terperinci, ini jenis kamera yang digunakan pada peranti agung mereka tahun ini:
Kamera utama: Sony IMX703, 1.9 μm, 26 mm
Kamera ulta-lebar: Sony IMX772, 1μm, 13 mm
Kamera telefoto: Sony IMX713, 1μm, 77 mm

Mari kita bandingkan jenis modul kamera yang digunakan pada iPhone 12 Pro Max:
Kamera utama: Sony IMX603, 1.7 μm, 26 mm
Kamera ultra-lebar: Sony IMX372, 1 μm, 13 mm
Kamera telefoto: Sony IMX613, 1 μm, 65 mm

Manakala kamera ToF (Time of Flight) yang digunakan untuk membantu kamera mengasingkan subjek dan latar belakang adalah dari modul kamera sama yang digunakan pada iPhone 12 Pro Max dan iPhone 13 Pro Max, iaitu Sony IMX590. Begitu juga dengan kamera swafoto, modul kamera Sony IMX514, 1μm digunakan pada kedua-dua iPhone 12 Pro Max dan iPhone 13 Pro Max.

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *