iPhone 13 dilancarkan pada September lalu bagi menggantikan iPhone 12 yang dilancarkan pada tahun lepas. Namun, iPhone 13 tidak terdapat banyak penaiktarafan berbanding iPhone 12. iPhone 13 Pro Max pula ada model paling unggul yang dikeluarkan oleh Apple tahun ini. Meskipun tidak banyak perubahan berbanding iPhone 12 Pro Max, iPhone 13 Pro Max boleh dikatakan antara fon terbaik sepanjang tahun 2021.
Berikut merupakan 4 keistimewaan iPhone 13 Pro Max. Jika anda mempunyai wang, tetapi masih ragu-ragu untuk memilikinya, teruskan pembacaan
Markah Penanda Aras yang Tinggi
Penanda aras atau benchmark digunakan untuk mengukur prestasi sesebuah fon itu. Lebih tinggi markah penanda aras, maka lebih berprestasilah sesebuah fon itu. iPhone 13 Pro Max memperoleh markah sebanyak 843813 markah melalui AnTuTu Benchmark. Jumlah ini merupakan satu jumlah yang amat mantap, sama sekali menandakan iPhone 13 Pro Max adalah sebuah fon yang mampu untuk menggalas tugasan berat dengan cemerlang.
Skrin 120Hz Terbaik di Pasaran
Inilah buat pertama kalinya Apple memberikan skrin 120Hz buat iPhone. Skrin 120Hz ini adalah antara skrin terbaik di pasaran, dengan panel OLED yang dinamakan sebagai Super Retina XDR. Bahkan, Displaymate telah mengesahkan skrin iPhone 13 Pro Max adalah skrin terbaik bagi telefon pintar 2021, dengan pemarkahan A+.
Sokongan Perisian Sehingga 5 ke 6 Tahun
iOS amat digemari oleh peminat gajet bukan sahaja kerana sekuriti dan privasi yang ditawarkan. Bahkan, sistem operasi ini mampu memberi sokongan sehingga 5 ke 6 tahun. Jika dibandingkan dengan Android, tempoh sokongan paling lama yang ditawarkan adalah hanya sekitar 3 tahun sahaja.
Bateri yang Tahan Lama
iPhone 13 Pro Max dimuatkan dengan bateri sebesar 4352mAh. Mengikut jumlah kapasiti bateri fon ini, jumlah ini boleh dikatakan tidak besar kerana kebanyakan fon Android hari ini sudah dimuatkan dengan bateri dari 4000mAh hingga ke 5000mAh. Menurut YouTuber Mrwhosetheboss, bateri iPhone 13 Pro Max mampu bertahan sehingga 9 jam 52 minit!