XPERT GADGET

OnePlus 8T Cyberpunk 2077: Satu Lagi Fon Istimewa Keluaran OnePlus!

Share this :

OnePlus sememangnya bijak mengambil peluang untuk menghasilkan fon versi unik, dengan kolaborasi dengan jenama lain saban tahun. Beberapa tahun lalu, OnePlus pernah bekerjasama dengan Lucasfilm untuk menghasilkan OnePlus 5T edisi Star Wars. Fon ini dilengkapi dengan tema dan rekaan Star Wars.

Tahun-tahun berikutnya juga, OnePlus mengambil peluang untuk menghasilkan beberapa fon OnePlus edisi istimewa, contohnya OnePlus 6T McLaren dan juga OnePlus 7T Pro McLaren. Kedua-dua fon ini dibikin hasil termeterainya kontrak di antara OnePlus dengan syarikat kereta yang berpengkalan di United Kingdom, McLaren.

Tahun ini, sekali lagi OnePlus melancarkan OnePlus 8T edisi Cyberpunk 2077, selepas beberapa minggu melancarkan OnePlus 8T secara rasmi.

OnePlus 8T Cyberpunk 2077 ini mempunyai spesifikasi yang sama dengan OnePlus 8T yang biasa, namun rekaannya amat berbeza dengan sentuhan yang agak ‘ganas’ dan ranggi. Terdapat beberapa elemen yang unik dan warna kuning yang ikonik dengan Cyberpunk 2077. Dari segi rekaan yang ditampilkan, jelas sekali rekaan tubuh seperti hanya sesuai untuk golongan muda.

Dari segi dalamannya pula, OnePlus 8T Cyberpunk 2077 ini dimuatkan dengan OxygenOS 11 terbaru daripada OnePlus, dan turut disertakan juga dengan tema Cyberpunk 2077.

Aksesori bertemakan Cyberpunk 2077 turut disertakan bersama. Tidak lupa juga, kotak OnePlus 8T Cyberpunk 2077 ini juga mendapat sentuhan Cyberpunk 2077 yang berwarna kuning.

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *