XPERT GADGET

OnePlus 9RT Kini Rasmi dengan Snapdragon 888, bukan Snapdragon 888+

Share this :

Pada tahun 2016, OnePlus telah melancarkan OnePlus 3 pada bulan Mac. Beberapa bulan kemudian, pada bulan Ogos, OnePlus 3T pula dilancarkan dengan penambahbaikan kecil daripada model sebelumnya.

Kemudian, tradisi ini diteruskan pada fon-fon OnePlus seterusnya. Setiap tahun pasti akan ada model ‘T’ menjelang penghujung tahun. OnePlus 5 dan OnePlus 5T, OnePlus 6 dan OnePlus 6T, OnePlus 7 Pro dan OnePlus 7T Pro, dan OnePlus 8 Pro dan OnePlus 8T.

Tahun ini, OnePlus mengadakan sedikit kelainan pada siri T. Tiada lagi siri T. Sebaliknya, OnePlus 9 dilancarkan pada awal tahun ini, dan OnePlus 9RT pada penghujung tahun 2022. Seperti biasa, OnePlus 9RT ini tiada penambahbaikan ketara berbanding OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro. Sebaliknya, pelancaran model paling baharu daripada OnePlus ini dilihat sekadar untuk melonjakkan momentum jualan peranti mereka.

Fon ini dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 888, meskipun cip pemproses Snapdragon 888+ telah pun dilancarkan. Bateri 4500mAh, skrin AMOLED 120Hz, pengecasan pantas Warp Charge 65T. Dari segi perisiannya pula, OnePlus 9RT ini dijalankan dengan sistem operasi ColorOS 12 yang berasaskan Android 11.

Buat masa ini, fon ini hanya dilancarkan di China sahaja. Belum ada desas-desus yang mengatakan OnePlus 9RT akan dilancarkan di luar China, termasuklah Malaysia. Sekiranya fon ini dilancarkan di luar China, ada kemungkinan juga fon ini akan dijalankan dengan sistem operasi OxygenOS. Namun, ada juga kemungkinan OnePlus 9RT akan dijalankan dengan sistem operasi ColorOS, memandangkan pihak pembangun perisian OPPO dan OnePlus telah bergabung menjadi satu divisyen.

Untuk pengetahuan, ColorOS adalah sistem operasi yang dibangunkan oleh OPPO. Disebabkan OPPO dan OnePlus berada di bawah satu induk, iaitu BBK Electronics, kedua-dua syarikat ini telah digabung dari segi perisian fon masing-masing.

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published.