Xpert Gadget Mobile Phone Repair Specialist

OnePlus Ace Kini Rasmi. Mirip Realme GT neo3

Share this :

Setelah melancarkan OnePlus 10 Pro beberapa minggu yang lalu untuk pasaran global, kini OnePlus melancarkan lagi satu peranti mereka, iaitu OnePlus Ace. Penjenamaan ini agak asing, kerana sebelum ini OnePlus tidak menggunakan penjenamaan seperti ini. OnePlus Ace ini adalah peranti kelas pertengahan, dan hanya untuk pasaran China.

Disebabkan OnePlus telah ‘mengubah rupa’ mereka, tidaklah mengejutkan jika rekaan OnePlus Ace ini mirip dengan rekaan realme GT Neo3 yang baru sahaja dilancarkan bulan lalu. Rekaan kedua-kedua fon ini kelihatan salin tak tumpah kerana kedua-dua syarikat OnePlus dan realme berada di bawah satu bumbung yang sama, iaitu di bawah BBK Electronics, yang memacu beberapa syarikat gajet di bawahnya termasuk OPPO dan vivo.

Pun begitu, khabar angin bertiup kencang menyatakan OnePlus Ace yang hanya dipasarkan di China akan dijenamakan menjadi OnePlus 10R untuk pasaran global. Namun, perkara ini tetap tidak mengubah bahawa OnePlus 10R (jika benar) atau OnePlus Ace ini adalah realme GT Neo3 yang dijenamakan semula.

OnePlus masih belum mendedahkan spesifikasi OnePlus Ace ini secara menyeluruh dan terperinci, kerana pelancaran peranti ini secara rasmi adalah pada 21 April ini. Manakala OnePlus 10R dikatakan bakal dilancarkan secara rasmi di India pada 28 April ini. Menurut beberapa sumber seperti di GSMArena, OnePlus 10R akan dikuasakan oleh cip pemproses MediaTek Dimensity 8100, iaitu cip pemproses yang sama digunakan pada realme GT Neo3.

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *