XPERT GADGET

OnePlus Gaming Trigger Kelihatan Menarik, Sesuai untuk Gamers!

Share this :

Gaming phone memang banyak keistimewaan dari segi ciri khusus untuk permainan video. Contohnya, gaming phone ini dimuatkan dengan ciri-ciri seperti lampu RGB, pembesar suara yang diperkasa dengan kelantangan yang padu, dan butang khusus untuk bermain permainan video seperti AirTrigger yang terdapat pada ASUS ROG Phone.

Namun begitu, bukanlah fon-fon lain tidak bagus untuk digunakan bagi tujuan bermain permainan video. Fon flagship misalnya, sudah cukup baik untuk mengoperasikan permainan video bergrafik tinggi seperti Genshin Impact. Fon kelas pertengahan-premium juga sudah cukup baik untuk digunakan bagi tujuan bermain PUBG Mobile.

Namun, bagi yang inginkan sesuatu yang lebih pada fon bukan kategori ‘gaming phone’, antara aksesori yang sama fungsinya dengan AirTrigger adalah OnePlus Gaming Triggers. Alat ini boleh digunakan pada fon Android mahupun iPhone, asalkan fon tersebut bersaiz kurang dari 11.5mm. Butang OnePlus Gaming Triggers ini responsif, padu, dan sedap untuk ditekan. Tidak kurang juga, rekaannya kelihatan cantik dan moden.

Buat masa ini, aksesori ini sudah pun dijual di India pada tanda harga 1099 Rupee, iaitu bersamaan dengan RM60. Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada alat ini akan dipasarkan di Malaysia ataupun sebaliknya, memandangkan tarikh penjualan siri OnePlus 9 di pasaran tempatan terus menjadi teka-teki.

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published.