XPERT GADGET

OnePlus Mengumumkan Penjualan Monitor PC untuk Pasaran India

Share this :

Pada peringkat awal OnePlus dibangunkan, syarikat ini hanya memfokuskan kepada pembangunan telefon pintar dan perisian yang stabil dan lancar. OnePlus One adalah fon pertama keluaran syarikat ini, dengan harga yang amat rendah dan berpatutan.

Setelah syarikat ini mula diterima dan sudah menjadi terkenal, OnePlus mula menjual fon dengan harga yang lebih mahal secara berperingkat, dan tidak lagi menjual fon flagship dengan harga yang mampu milik.

Perlahan-lahan OnePlus mula menjual produk lain selain telefon pintar, misalnya TWS earphone dan jam tangan pintar. Dan OnePlus juga mula menghasilkan lebih banyak peranti kelas pertengahan melalui siri OnePlus Nord.

Terkini, OnePlus mula mengorak langkah dalam penjualan monitor PC, yang akan menembusi pasaran India terlebih dahulu. Monitor PC ini akan dilancarkan pada 12 Disember ini. Belum dapat dipastikan sama ada monitor ini akan menembusi pasaran luar India atau sebaliknya.

X 27 adalah ‘gaming monitor’ bersaiz 27-inci yang mengenengahkan ciri-ciri premium seperti paparan yang lebih mantap. Manakala E 24 adalah monitor bersaiz 24, yang dijual pada harga yang lebih murah, dengan penawaran spesifikasi yang lebih rendah berbanding X 27.

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *