XPERT GADGET

OPPO Find X5 Pro Tertiris. Bekerjasama dengan Hasselblad

Share this :

Tahun lalu, OnePlus buat julung kalinya bekerjasama dengan pakar pengimejan untuk menghasilkan kamera yang lebih baik. Kaedah ini sudah pun digunakan oleh Huawei misalnya, yang bekerjasama dengan Leica.

Disebabkan OnePlus dan OPPO merupakan syarikat yang berada di bawah bumbung BBK Electronics, maka tidak hairanlah kedua-dua jenama ini membawa haluan yang hampir sama. Misalnya, perisian fon OnePlus yang dijual di China menggunakan ColorOS, dan perisian fon OnePlus yang dijual secara global menggunakan OxygenOS. ColorOS dan OxygenOS ini mendapat sentuhan jurutera daripada OPPO, tidak seperti dahulu yang mana OxygenOS berdiri secara sendiri yang mendapat sentuhan jurutera OnePlus sahaja.

OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro mendapat sentuhan penalaan warna daripada Hasselblad, yang merupakan pakar pengimejan dari Gothenburg, Sweden. Penjenamaan Hasselblad masih lagi tertera untuk OnePlus 10 Pro pada tahun ini.

OPPO Find X5 Pro juga dikatakan membawa haluan yang sama, apabila terdapat gambar tertiris fon ini sebelum pelancarannya. Penjenamaan Hasselblad dipaparkan pada kamera fon ini. Dari segi rekaanya pula, Find X5 Pro dilihat mirip dengan Find X3 Pro. Nampak gayanya, sememangnya OPPO melangkau angka 4, kerana menurut feng shui, angka 4 ini membawa maksud ‘mati’. Maka, tiada Find X4 Pro.

Spesifikasi yang dikatakan untuk OPPO Find X5 Pro:
– Cip pemproses Snapdragon 8 Gen1
– Paparan 2K 120HZ refresh rate LTPO 2.0
– 50MP IMX766 OIS + 50MP IMX766 + 13MP S5K3M5
– Bateri 5000mAh
Pengecasan pantas OPPO SuperVOOC 80W
Pengecasan pantas tanpa wayar OPPO AirVOOC 50W

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published.