Jenama seperti Qualcomm, Intel, dan MediaTek memang terkenal dengan pembuatan produk semikonduktor semisal cip pemproses.
Pembuatan cip pemproses ini tidak terhenti pada jenama semikonduktor semata-mata. Huawei misalnya turut menghasilkan cip pemproses mereka sendiri, iaitu HiSilicon Kirin. OPPO juga ada menghasilkan cip mereka sendiri yang dijenamakan sebagai MariSilicon.
Cip MariSilicon X pernah digunakan pada OPPO Find X5 Pro sebagai cip pengimejan, bagi menghasilkan gambar yang lebih cantik dan berkualiti tinggi. Manakala Cip MariSilicon Y adalah cip keluaran OPPO bagi menghasilkan audio yang lebih baik. Selain itu, OPPO turut membangunkan modem dan cip pengurusan tenaga.
Terbaru, OPPO dilaporkan sedang menutup perniagaan pembangunan cip mereka setelah hanya 3 tahun beroperasi. Mereka menutup perniagaan ini disebabkan oleh ketidaktentuan pasaran dan industri telefon pintar.
Perniagaan yang ditutup ini dibangunkan dengan nilai $1.4 bilion.