Xpert Gadget Mobile Phone Repair

OPPO Pad: Tablet Pertama OPPO Bakal Dilancarkan

Share this :

OPPO yang merupakan anak syarikat BBK Electronics dilaporkan bakal melancarkan tablet pertama mereka buat julung kalinya. Sebelum ini, OPPO tidak pernah melibatkan diri dalam peranti tablet, sebaliknya lebih fokus pada fon kelas rendah, pertengahan, kelas flagship, dan aksesori IoT yang lain. Tablet tersebut berkemungkinan akan dinamakan sebagai OPPO Pad.

OPPO Pad dimuatkan dengan bateri berkapasiti 8080mAh , dan dipadankan dengan pengecas pantas 33W. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada pengecas pantas ini disertakan bersama OPPO Pad ini atau sebaliknya. realme yang juga merupakan anak syarikat BBK Electronics menyertakan palam pengecas 18W bersama realme Pad yang dilancarkan pada tahun lalu.

Menurut sumber daripada laman Weibo, tablet pertama OPPO ini bakal dikuasakan oleh cip pemproses berkuasa tinggi daripada Qualcomm, iaitu Snapdragon 870. Dari segi memori pula, tablet ini dipasangkan dengan RAM 6GB jenis LPDDR4x, dan dipadankan dengan storan berkapasiti besar 256GB. Dengan cip pemproses berkuasa tinggi, RAM sebesar 6GB, tablet ini amat sesuai untuk menjalankan tugasan berat tanpa masalah.

Dari segi skrin pula, OPPO Pad ini dilaporkan mempunyai skrin sebesar 11″, yang menggunakan panel jenis LCD beresolusi 2560 x 1600 pixel. Apa yang lebih istimewa, skrin ini turut dimuatkan dengan teknologi skrin segar semula 120Hz yang memberikan pengalaman yang lebih lancar dan pantas.

Sehingga kini, OPPO masih lagi berteka-teki tentang pelancaran tablet pertama mereka ini secara rasmi. Apa yang pasti, OPPO Pad ini sudah pun memperoleh sijil 3C, dan bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *