Xpert Gadget Mobile Phone Repair Specialist

Oukitel RT1: Tablet Tahan Lasak dengan Ketahanan Kalis Air dan Debu

Share this :

Oukitel tidak terkenal sebagai sebuah jenama yang menghasilkan fon flagship mahupun fon berkelas premium. Sebaliknya, jenama yang dibangunkan pada 2007 yang berasal dari China ini begitu terkenal dengan penghasilan fon-fon yang luar biasa tahan lasaknya. Bahkan, jenama ini telah mengkhususkan segmen fon lasak seperti Oukitel WP15, Oukitel WP17, Oukitel WP12 Pro, dan banyak lagi. Kesemua fon tahan lasak ini dimuatkan dengan bateri gergasi, dan rekaan ‘bumper’ bagi menyerap hentakan. Justeru, fon ini sangat sesuai bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak.

Terbaru, jenama ini telah melancarkan tablet tahan lasak buat julung kalinya. Tablet ini direka bagi ketahanan. Justeru, panel belakang tablet ini diperbuat daripada plastik yang serba kukuh bagi menjamin ketahanannya. Seluruh tubuh tablet ini juga ditutup dengan ketahanan kalis air dan debu IP68 / IP69K. Empat bucu tablet ini juga diperkukuh dengan ‘tebing’ yang dinaikkan bagi menyerap hentakan dengan cemerlang. Maka, aktiviti lasak di luar rumah tidak lagi menjadi halangan bagi mereka yang memerlukan tablet ini di luar rumah.

Tablet ini dipasangkan dengan skrin sebesar 10.1 inci serta resolusi skrin HD penuh 1080p. Apa yang istimewa tentang skrin tablet ini adalah, skrin tablet ini dapat berfungsi dengan baik meskipun sarung tangan digunakan. Hal ini sesuai bagi mereka yang membuat kerja lasak tanpa perlu menanggalkan sarung tangan. Namun, pihak Oukitel tidak menyatakan panel jenis apakah yang digunakan bagi tablet ini. Kebiasannya, panel yang digunakan adalah jenis IPS LCD.

Bateri gergasi sebesar 10,000mAh dimuatkan di dalam tablet tahan lasak ini, bagi menjamin ketahanan penggunaannya, tanpa perlu risau dengan kehabisan bateri dalam tempoh yang singkat. Tablet ini juga menyokong pengecasan pantas, namun pihak Oukitel tidak menyatakan kuasa pengecasan yang disokong oleh tablet ini,

Dari segi prestasi pula, tablet ini dikelaskan sebagai tablet berprestasi kelas pertengahan. Dikuasakan dengan cip pemproses MediaTek Helio P22, yang mampu menggalas tugas-tugas yang tidak terlalu berat. RAM 4GB dimuatkan di dalam tablet ini, dan hanya storan 64GB menjadi pilihan buat masa ini. Namun, pengguna diberikan pilihan sekiranya ingin menambah storan dalaman, dengan menggunakan kad microSD, yang menyokong sehingga 128GB storan luaran microSD.

Meskipun tablet ini bukan disasarkan kepada semua golongan, tablet ini pasti ditunggu-tunggu oleh sebilangan pekerja industri kerja dengan lasak, yang memerlukan sebuah tablet untuk melancarkan operasi dan tugasan harian. Tablet tahan lasak ini dijual di laman e-dagang AliExpress dengan tanda harga $399.98, bersamaan dengan RM1695.52 mengikut kadar tukaran asing semasa.

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *