Xpert Gadget Mobile Phone Repair Specialist

Petua Memilih Kabel Pengecasan Terbaik

Share this :

Kabel pengecasan adalah alat kecil yang tidak kurang pentingnya kepada sesebuah peranti. Tanpa kabel, peranti kita tidak dapat dicas. Dan terdapat begitu banyak jenis dan jenama kabel yang ditawarkan. Namun, yang manakah pilihan terbaik untuk peranti kita sama ada peranti Android, iPhone, mahupun tablet? Di sini kami kupaskan petua ringkas untuk memilih kabel pengecasan dengan betul.

Tidak Termakan dengan Label Kotak Pembungkusan
Lazimnya pengeluar aksesori ini akan melabel kabel mereka boleh mengecas sehingga 120W misalnya. Walhal, itu hanyalah gimik dan penipuan semata-mata. Cara terbaik untuk mengesan penipuan ini adalah dengan mencuba terlebih dahulu sebelum membeli. Bawa palam pengecas tulen, Xiaomi HyperCharge 120W misalnya dan cuba mengecas fon dengan kabel dan pengecas tulen tersebut. Sekiranya anda mendapati ada penanda HyperCharge 120W misalnya, kabel tersebut boleh dibeli. Jika tiada animasi atau penanda HyperCharge muncul, tidak usah bazirkan duit untuk membeli kabel tersebut

Kenali Jenis Kabel
Masih ramai pengguna peranti pintar tidak mengenali jenis kabel sama ada jenis micro USB, USB-C, atau Lightning. Tidak mengetahui jenis kabel mendedahkan diri kita kepada penipuan.

Kenalpasti Protokol Pengecasan Pantas
Fon yang menyokong pengecasan pantas hanya boleh dicas dengan pantas sekiranya anda menggunakan kabel yang betul. Misalnya, fon Samsung yang menyokong protokol Samsung Super Fast Charging 2.0 tidak sama dengan fon OPPO yang menyokong protokol SuperVOOC. Tersalah membeli kabel walaupun kabel tersebut menyokong pengecasan pantas, fon anda tidak akan dicas dengan pantas sekiranya anda tidak menggunakan kabel yang betul.

Gunakan Kabel MFi untuk iPhone
Apple telah melancarkan program MFi (Made for iPhone / iPad / iPod). Melalui program ini, pengguna peranti Apple yang menggunakan sambungan Lightning dapat mengecas peranti dengan lebih selamat dan kesihatan bateri dapat dijaga dengan lebih baik. Bateri yang sihat tidak akan susut hayat dengan cepat dan boleh digunakan dengan lebih lama.

Kabel Tahan Lasak
Lazimya, kabel yang dikilangkan tanpa perlindungan tambahan akan lebih cepat koyak. Contohnya kabel asli daripada Apple cukup terkenal dengan masalah cepat terkoyak dalam tempoh yang pendek. Jadi, menggunakan kabel jenis yang telah dipintal dengan bebenang nylon (nylon braided) adalah pilihan yang baik supaya kabel dapat digunakan dengan lebih lama.

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *