Lazimnya pengguna telefon pintar di Malaysia lebih mengenali jenama-jenama seperti iPhone, Samsung, Xiaomi, vivo, dan OPPO. Kebanyakan jenama yang terkenal di pasaran tempatan adalah jenama dari China.
TECNO adalah ‘pendatang’ baru dalam industri ini, dan baru sahaja mula menapak di pasaran tempatan. Bagi menjadikan jenama ini lebih dikenali, TECNO Malaysia melantik Dato’ Lee Chong Wei sebagai duta produk yang menghiasi poster-poster produk keluaran TECNO.
Apa yang menarik, flagship TECNO, TECNO Phantom X2 Pro yang dilancarkan penghujung tahun lalu bukan sahaja dimuatkan dengan spesifikasi yang mantap, malah fon ini turut mengetengahkan rekaan yang segar-bugar dan tiada pada jenama lain. Sekiranya kita sudah cukup bosan dengan rekaan tipikal hari ini yang asyik meniru rekaan iPhone, TECNO Phantom X2 Pro mungkin boleh dipertimbang untuk dijakan fon harian seterusnya.
Jika kebanyakan fon lain asyik menggunakan rekaan kamera ditempatkan pada bucu kiri fon, TECNO Phantom X2 Pro memposisikan kamera belakang pada bahagian tengah fon dengan susun atur kamera seakan-akan iPhone 13 yang sudah diolah dan diubahsuai. Warna yang ditampilkan juga kelihatan tidak membosankan.
Fon ini mempunyai spesifikasi yang amat baik, antaranya:
1. Cip pemproses MediaTek Dimensity 9000
2. Bateri 5160mAh
3. RAM 12GB + ROM 256GB
4. Skrin AMOLED 120Hz
5. Pengecasan pantas 45W