Xpert Gadget Mobile Phone Repair Specialist

Qualcomm Melancarkan Snapdragon Satellite bagi Menyaingi Apple Emergency SOS

Share this :

Hujung tahun lalu, Apple telah melancarkan satu fungsi baru bersama iPhone 14 yang dinamakan Emergency SOS. Fungsi inovatif ini berfungsi untuk menghubungi pihak berkuasa setempat (Kanada dan AS buat masa ini) sekiranya berlaku kemalangan jalan raya, dan Emergency SOS ini boleh juga digunakan sekiranya pengguna iPhone 14 tersesat, dan mesej boleh disampaikan melalui satelit. Fungsi ini adalah hasil kerjasama Apple dengan Globalstar.

Terbaru, Qualcomm juga telah melancarkan fungsi yang seakan-akan sama, yang dinamakan sebagai Snapdragon Satellite. Bagi menjayakan fungsi ini, Qualcomm telah bekerjasama dengan syarikat Iridium, yang menawarkan khidmat satelit.

Snapdragon Satellite ini bukan sahaja boleh digunakan semasa kecemasan, bahkan boleh juga digunakan untuk mengesan lokasi telefon pintar di kawasan luar bandar dan juga di kawasan laut.

Fungsi ini akan disokong oleh fon-fon kelas premium suku kedua tahun ini yang dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Gen2.

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *